in ,

Doraemon Pop Up Store Dibuka di Paradigm Mall, Johor Bahru

Sempena dengan kedatangan cuti sekolah ni, Doraemon Pop Up Store telah dibuka untuk kunjungan anda seisi keluarga di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Ang! Ang! Ang! Buat semua Doraemon fans! Pertama di Malaysia… Doraemon Pop Up Store akan dibuka akhirnya!

Di store ini bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh anda yang meminati kartun animasi Doraemon, malah ia sesuai dengan seluruh isi keluarga juga.

Doraemon Pop Up Store

Pasti ramai anak-anak yang tak sabar nak bercuti panjang kan? Tak tahu lokasi untuk bersantai bersama keluarga? Mahu keseronokan dan merakam kenangan bersama anak-anak?

Budiey cadangkan anda bawa famili ke Doraemon Pop Up Store yang dibuka di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Acara yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan ini dibuka untuk orang ramai mulai 16 November 2018 sehingga 1 Januari 2019. Khabarnya, banyak barangan cenderemata dan merchandise Doraemon akan dijual di store ini. Pastinya ramai yang teruja sebab semua barangan kat sana nampak cute dan comel!

Budiey turut dijemput untuk menyaksikan pelancaran Doraemon Pop Up Store pada hari Isnin ni. Nak tahu apa yang menariknya kat sana, korang boleh nantikan kemaskini di blog ini dan juga video vlog GILA SHOPPING kat sana di saluran Youtube Budiey Channel. Tak ketinggalan, Budiey akan buat live dan updates di Facebook dan Instagram!

Jadi, jumpa korang di sana ya!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia Gabungan 9 Koleksi Terunggul

Aziz M Osman

Aziz M Osman & Nor Aliah Lee Dapat Cucu