in , ,

LoveLove WinWin

Kenali Siapa di Sebalik Suara Animasi SI NOPAL

Lagu ini mulai terkenal di Malaysia dan mulai menjadi viral sejak dua menjak ini dan bertambah-tambah popular selepas Wany Hasrita secara spontan menyanyikan lagu terbabit menerusi Instagram miliknya atas permintaan peminat. 

“Berkhemah, berkhemah; berkhemah sama si nopal… si nopal si nopal; anaknya bahenol…”

Wajah Si Nopal

Jika terdengar lagu ini pasti semua orang akan tahu kan. Dari anak-anak kecil, orang dewasa, tua atau muda sama ada berasal dari Indonesia, Malaysia, Singapura atau Brunei; pasti semuanya akan tahu dan meminati lagu ini. Lagu tu selain catchy dan senang di telinga, Budiey rasa ianya bunyi macam kelakar. Nak ketawa sekali dengar tu kan.

feature-si-nopal

Maka tidak hairan ada netizen yang turut menyanyikan lagu parodi ini. Ramai yang meminati lagu ini kerana berunsurkan jenaka, komedi dan bersahaja. Bahkan ada dalam kalangan artis turut dilanda demam parodi si Nopal. Antaranya seperti Mya Sara, Wany Hasrita dan Jihan Muse.

Wajah Si Nopal
Comel si Nopal

Si Nopal adalah salah satu animasi yang dihasilkan oleh penulis komik berasal Indonesia iaitu, Naufal faridurrazak. Naufal yang pada mulanya menceburi bidang penulisan komik sejak 2014 sebagai hobi. Beliau sebelum ini hanya menyiarkan hasil seninya itu di instagram sebelum dengan lebih serius mengembangkan bakatnya itu ke platform sosial media yang lain seperti Youtube, dan Facebook.

wany-jihan-mya

Kemudiannya, beliau membuat pembaharuan hasil komiknya kepada bentuk animasi. Ini kerana baginya animasi lebih membuatkan orang ramai lebih tertarik berbanding komik.

“…Idea-idea yang saya gunakan dala, penghasilan cerita-cerita adalah berdasarkan realiti kehidupan saya dan sekeliling, mungkin kerana itu karya saya dilihat seolah-olah berinteraksi dengan realiti para pembaca dan diminati semua orang…”

insta-nopal

Pemilik Suara Sebenar Dede Dalam Animasi Si Nopal

Animasi Si Nopal dalam Episod Berkhemah antara karyanya yang viral dan tular sejak kebelakangan ini. Klip video yang berdurasi 1 minit itu mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta dalam masa 14 hari disiarkan di Youtube. Manakala siaran di Instagram sudah mencecah 3.2 juta.

Screen-Shot-2019-02-10-at-12.50.38-PM

Episod berkhemah menjadi viral di media sosial kerana ceritanya yang lucu ditambah watak Dede, seorang kanak-kanak perempuan yang berperwatakan gedik kononnya dia diminati jejaka korea.

utub-nopal

Watak Dede ini merupakan tarikan utama dalam episod tersebut dengan gaya percakapannya disamping penceritaan yang ringkas dan mudah difahami.

Namun begitu pasti anda tertanya-tanya siapa pemilik sebenar suara si gadis Dede itu kan?
Ini jawapannya…

(VIDEO) Ini Pemilik Sebenar Si Dede yang gedik dalam Animasi Si Nopal- Berkhemah

Nama gadis comel ini ialah Nadiah. Dia lah yang membawa watak Dede dalam animasi Si Nopal. Haa, sekarang dah kenal kan?

Tak kenal maka tak cinta.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kevin Hart

LEGOLAND Malaysia Resort Launches New Experience With LEGO® City 4D Movie

AirAsia Honours Indian Superstar Rajnikanth