Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




CATRIONA ROSS DALAM DRAMA ANJUNG SOFEA

September 15th, 2008 | Category: Catriona Ross, Drama |
1 Comment »


CATRIONA ROSS MEMBAWAKAN WATAK ’HITAM’, ISTERI YANG TAMAKKAN HARTA SUAMI MENERUSI ANJUNG SOFEA, SABTU (20 SEPTEMBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Jika sebelum ini nama pelakon Catriona Ross sinonim membawakan watak wanita lembut dan teraniaya, hujung minggu ini menerusi drama penuh konflik kekeluargaan, pelakon kecil molek ini membuat penampilan berbeza dengan membawakan watak ’hitam’ seorang isteri yang tamakkan harta suaminya dalam Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1. 

Anjung Sofea terbitan NHF Production Sdn Bhd ini mengisahkan watak Tuan Johan, seorang hartawan yang memiliki segala kemewahan dari segi harta, ladang dan sebuah syarikat perniagaan yang maju. Begitu pun setelah sembilan tahun hidupnya dihimpit kesunyian, Tuan Johan yang memiliki anak  perempuan, Yasmin memutuskan mengahwini setiausaha di pejabatnya bernama Linda.

Begitu pun perkahwinan Tuan Johan dengan Linda tidak direstui oleh Yasmin. Dia keluar dari Anjung Sofea, banglo mewah milik keluarganya yang dinamakan sempena memperingati arwah ibunya, Sofea lalu membawa diri tinggal sendiri di samping meneruskan pengajiannya di kampus.

Hinggalah satu hari Tuan Johan jatuh sakit. Atas arahan Linda, Pak Mat dan Mak Ani menghubungi Yasmin memintanya pulang. Yasmin yang begitu bimbangkan kesihatan ayahnya yang semakin terjejas menyatakan persetujuan kembali tinggal di Anjung Sofea meskipun tidak sepenuh hati mahu tinggal sebumbung dengan ibu tirinya itu.

Dengan hati yang berat Yasmin mula membantu Linda menguruskan perniagaan ayahnya itu demi menunaikan permintaan ayahnya itu. Di sana dia berkenalan dengan Danial, penasihat undang-undang merangkap pegawai kanan ayahnya. Timbul perasaan selesa di hatinya untuk menunaikan permintaan Tuan Johan memintanya membantu menguruskan pentadbiran syarikat.

Namun setelah beberapa hari di pejabat, timbul keraguan di hati Yasmin berkaitan aset-aset ayahnya yang telah dicagarkan dan dijual atas sebab syarikat ketandusan wang putaran modal. Danial meninggalkan segala kecurigaan itu untuk ditanggung Linda.

Sejak itu Yasmin memulakan misi untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu. Dia baranggapan penuh bahawa ibu tirinya adalah dalang di sebalik usaha untuk merampas harta milik keluarganya itu. Malah berbesar hati mahu Danial membantunya membongkar muslihat disembunyikan Linda daripada pengetahuan ayahnya itu.

Namun usahanya tidaklah semudah disangka apabila ayahnya tidak mempercayai cerita yang disampaikannya selagi tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Yasmin nekad untuk meyakinkan ayahnya itu dengan caranya yang tersendiri.

Tetapi hakikatnya Yasmin berdepan dengan musuh dalam selimut yang sentiasa mengawasi jejaknya ke mana sahaja. Siapakah dalang yang dimaksudkan? Berjayakah Yasmin untuk menyelamatkan harta milik ayahnya daripada terlepas ke tangan pihak yang tamak haloba itu?

Anjung Sofea menyaksikan lakonan hebat Catriona Ross disamping Nor Khiriah, Sahronizam, Rawi Mohd Said, Ghazali Abu Noh, Tengku Faridah dan Rashidan Baba.

Jangan ketinggalan menyaksikan drama mendebarkan ini menerusi Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1. 

[tags]catriona ross, gambar, perhimpunan haram, gathering, anwar ibrahim, perhimpunan hari malaysia, accident, nama menteri, thin dress, thongs, transparent lingerie, underwear, victoria secrets, viscose, wedding sexy dress, acne scar removal, breast augmentation, breast enlargement, butt life, buttock, aduhai, guys, jantan, jejaka, lelaki, maskulin, pantang, tampan[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sofea Jane di Rumah Terbuka Media Prima
  • Drama Kasih Zahra Lakonan Lisdawati, Zamarul Hisham
  • Gambar Anak Sofea Jane Yang Comel
  • Gambar Scha Pelakon Filem Dimensi Cinta
  • Drama Gelora Di Hati Ibu Lakonan Norish Karman
  • Telemovie Khas Isi Slot Nurani Sepanjang Ramadan
  • Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara
  • Eddie Pak Jelas Isu Hilangkan Diri dan Pembayaran Filem Dimensi Cinta
  • Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly
  • Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy



  • Trip ke Lokasi Pengambaran Filem Estet Arahan Mamat Khalid

    June 23rd, 2008 | Category: Filem |
    3 Comments »


    Jam 9 pagi ini (23 Jun 2008), Budiey sekarang ini sedang mengikuti satu rombongan anjuran Naga VXS Sdn Bhd. Van rombongan membawa kami ke lokasi pengambaran filem estet di Padang Rengas, Estet Kurda, Kuala Kangsar, Perak ini mengambil masa selama 2 jam untuk sampai.

    Antara media yang mengikuti rombongan ialah Cinema Online (Mai dengan semangat telah bangun seawal jam 5 pagi. Tak sabar nak menoreh katanya), Media Terkini dari Aswara (Fairuz) & Malay Mail (Aini).

    Jam 9.30 pagi, kami singgah seketika di Rest & Rilex Rawang untuk mengambil sarapan.

    Jam 10.20 pagi, kami mulakan semula perjalanan.

    Jam 11.20 pagi sampai di Ipoh Timur.

    Sampai jam 12 tengahari di lokasi pengambaran di sebuah estet ladang pokok getah yang mana kebanyakan penduduknya adalah terdiri daripada kaum India. Pengambaran sedang berlangsung di padang bola sepak berhampiran dengan jalan dan berdekatan dengan balai raya. Kalau korang masih ingat dengan balai raya di dalam filem Zombie Kampung Pisang, sebenarnya kami sedang berada di balai raya yang sama.

    Khidmt kreativiti pengarah sinematografi terkenal juga digunakan dalam filem Estet, Abang Indra Che Muda…

    Di padang bola itu, Rosyam Nor sedang ‘berperang’ dengan pasukan antagonis yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menang.

    Rosyam Nor

    Soffi Jikan

    Filem ini punya banyak tema ’kasih sayang’ bagi Mamat Khalid.

    Filem ini bakal menemui penonton pada 25 Disember 2008 atau mungkin pada tahun baru Cina. Filem ini mendapat tabungan daripada Finas. Adalah memadai sekiranya keuntungan filem ini dapat menampung hutang daripada Finas. Itu menurut Mamat Khalid sendiri. Juga beliau bertuah kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakannya.

    Siti Fazurina memegang watak Siti

    Budiey sempat mendengar temubual bersama Siti Fazurina yang memegang watak Siti yang merupakan kawan kepada Sashi. Namun, dalam diam, Siti memendam perasaan cintanya terhadap Farid. Mungkin untuk jaga hati sahaat, Siti terpaksa menyayangi Farid sebagai seorang kawan. Ini adalah filem kedua Siti Fazurina Bte Mohd Famir (Fazurina) berumur 26 tahun yang menyambut hari jadinya diset pada 1 Jun lalu. Selain pelakon Dunia Anita, Fazurina terlibat dalam drma terbitan RTM. Filem pertama Senario XX arahan Zulkiflee M. Osman. Mengapa Siti mahu bekerja bersama pengarah Mamat Khalid? Sebab karakter pengarah yang unik dari segi diri sendiri dan filem yang diarahnya. Filem Mamat Khalid terkenal dengan situasi latar masyarakat dan budaya. Dalam filem ini, Fazurina terpaksa mernari dan menyanyi secara miming dalam filem ini. Agak senang untuk bawa wtak Siti kerana dulunya Siti pernah bercinta dengan lelaki India.

    Pengarah Mamat Khalid

    Siti & Farid

     

     Heroin Estet GITA dipegang oleh Jasmine

    Siti & Gita

     

    Farid & Jasmine bercinta?

    David Arumugam pertama kali berlakon filem… terima kasey!

    Bergambar bersama krew dan pelakon Estet

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Shashi Tharan Pelakon Utama Filem Estet
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet
  • Gambar Shahz Jaszle di Lokasi Filem Rentaz
  • Lawatan Media di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz
  • Quotes of The Day: Saya Tak Gusar – Mamat Khalid
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Azhar Sulaiman Tayang Bontot?
  • Gambar Sekitar Pengambaran Filem ROCK Oo Rimba Bara Kembali



  • DIANA DANIELLE & ASHRAF MUSLIM @ DRAMA RAHSIA DI SEBALIK WAJAH

    May 20th, 2008 | Category: Ashraf Muslim, Diana Danielle, Drama, RTM |
    25 Comments »


    Peminat setia pelakon cantik dan berbakat Diana Danielle & pelakon macho Ashraf Muslim seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan ikon di kalangan remaja ini melakonkan watak gadis psiko menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2.

    Jika sebelum ini Diana Danielle yang sinonim dengan watak gadis lemah dan pelakon air mata namun menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah menyaksikan wataknya sebagai Jasmin, gadis yang berdepan tekanan apabila keluarganya menghadapi konflik misteri pembunuhan yang mengheret ibunya ke muka pengadilan kerana disyaki membunuh si ayah. Namun hakikatnya di sebalik pembunuhan itu tersembunyi kebenaran siapakah pembunuh sebenarnya.

    Rahsia Di Sebalik Wajah turut dibintangi pelakon kacak Ashraf Muslim, Zizan Nin, Haleeda, Noniswara, Hazira Qistina dan Roy Azman.

    Rahsia Di Sebalik Wajah menyorot kisah gadis bernama Jasmin yang secara kebetulan berkenalan dengan pemuda idamannya, Syahzman yang bekerja sambilan di kedai buku. Dia mengenali Syahzman sebagai seorang sahabat yang menjadi lelaki idamannya. Justeru Jasmin menjalani kehidupannya dengan penuh keceriaan.

    Sesuatu yang begitu mengagumkan apabila Jasmin mengetahui sepenuhnya latar belakang Syahzman malah begitu bersungguh mahu membantu pemuda itu menyelesaikan masalahnya yang kerap diganggu makhluk halus.

    Jasmin begitu bersungguh mahu membantu Syahzman. Pelbagai usaha dilakukan namun segalanya tidak mampu mengeluarkannya daripada dibelenggu makhluk itu. Malah semakin lama semakin teruk dia diganggu sehingga kemuncaknya makhluk itu hampir-hampir menampakkan dirinya.

    Buntu mencari jalan penyelesaian, Jasmin meminta nasihat daripada ibu saudaranya, Emma, pakar psikiatrik yang baru pulang dari Scotland. Namun pertemuan Jasmin dengan Emma untuk menyelesaikan kes Syahzman telah membongkar rahsia kebenaran yang mengecewakan hati gadis itu tentang hakikat kewujudan Syahzman.

    Jasmin sebenarnya terperangkap dengan memori hitam dalam hidupnya yang melibatkan kematian ayahnya yang telah mendera ibunya secara mental dan fizikal selama bertahun-tahun. Faktor apakah yang mendorong Jasmin ‘menghidupkan’ teman dampingannya itu melalui halusinasinya? 

    Jangan lepaskan peluang menonton kesudahan Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2 yang sarat dengan erti pengorbanan seorang ibu demi kebahagiaan dan masa depan anak kesayangannya.

    [tags]diana danielle, ashraf muslim, citra, lestari, rahsia di sebalik wajah, drama, pelakon, rtm2, sharifah aleya pregnant, sharifah aryanna bertunang, siti nurhaliza seluar, skandal sharifah amani, kitchen island, kumpulan far east, kumpulan nasyid, landscaping, modern house, rugs persian, Zizan Nin, Haleeda, Noniswara, Hazira Qistina, Roy Azman[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Gambar Diana Danielle di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Fesyen Diana Danielle di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK