in

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011

KL TOWER INTERNATIONAL NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2011

Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Larian “KL TOWER INTERNATIONAL NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2011” pada hari Sabtu, 7 Mei 2011.

Buat julung kalinya acara yang merupakan acara tahunan Menara Kuala Lumpur yang telah masuk ke tahun ke 10 ini akan di adakan pada waktu malam.

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011

Rebutlah peluang untuk memenangi RM100,000.00 secara keseluruhan di dalam cabaran mendaki bukit sejauh 800 meter dan anak tangga sebanyak 2,058 di ketinggian 288 meter di Mega View (TH03).

Sebanyak 12 kategori akan dipertandingkan antaranya ialah:-

  1. Lelaki Terbuka (18-39 tahun)
  2. Lelaki Veteran Junior ( 40-49 tahun)
  3. Lelaki Veteran Senior (50 dan ke atas)
  4. Wanita Terbuka (18-34 tahun)
  5. Wanita Veteran (35 dan ke atas )
  6. Lelaki & Perempuan Junior (13-17 tahun)
  7. Kakitangan Telekom Malaysia kategori Lelaki & Wanita (18 dan ke atas)
  8. Kategori Media / Selebriti (Lelaki & Wanita) (18 dan ke atas)
  9. Kategori Kurang Upaya (18 dan ke atas)

Yuran pendaftaran sebanyak RM 45 untuk Kategori Lelaki & Wanita Terbuka dan Veteran, RM 20 untuk Kategori Lelaki & Perempuan Junior dan RM 100 untuk bukan warganegara Malaysia. Terdapat diskaun yuran pendaftaran.

Borang penyertaan boleh didapati di Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom atau muat turun di www.menarakl.com.my. Peserta boleh juga mendaftar dalam talian di www.themarathonshop.com.my/events/towerthonrun2011

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Mei 2011, jam 6.00 petang. Larian Percubaan akan di adakan pada 4 Mei 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03 – 2020 5444 / 03-2020 6850 atau layari laman web www.menarakl.com.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Slot Lagenda MATA AYER Lakonan Zamarul Hisham Ayu Raudhah

Gosip Awal Hadiah Kereta Audi Untuk Scha Tak Benar