in

Bapa Tidak Halang Shila Amzah Pilih Teman Lelaki

Semasa Majlis Pra Pelancaran Kaisar N.D. Lala, ramai media telah mengajukan soalan kepada bapa Shila sendiri iaitu N.D Lala tentang gosip khabar angin hubungan Shila Amzah dengan pelakon Johan As’ari.

Penyanyi ND Lala tidak pernah menghalang hubungan anaknya, Shila Amzah dengan pelakon Johan As’ari atau dengan mana-mana lelaki lain. Menurut ND Lala, dia tidak akan mengongkong Shila asalkan wanita itu membuat pilihan yang baik.

“Sebagai manusia kita menerima siapa sahaja yang datang dengan cara yang baik, kalau bukan Johan sekalipun kita terima. Bukan Johan seorang sahaja yang rapat dengan Shila sebaliknya Fizo dan Dafi pun baik dengannya. Mungkin gosip Johan dan Shila timbul kerana gambar mereka bersama tersebar.”

ND Lala berkata dia gembira dengan perkembangan anaknya yang lebih fokus terhadap kerjaya selepas pulang dari menunaikan umrah pada awal tahun lalu.

“Alhamdulillah, selepas menunaikan umrah saya nampak Shila lebih tahu matlamat dia dalam industri ini iaitu untuk menjadi bintang antarabangsa. Dia berkawan dengan ramai lelaki dan soal jodoh itu biarlah ia datang dengan sendiri kerana ia rahsia Allah.”

Shila Amzah ND Lala Syada

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syada Amzah & Zaidi Omar Dilantik Duta Produk Kaisar ND Lala

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia