in

Berita Palsu Jackie Chan Mati Tersebar di Twitter

Pada jam 3 petang semalam, dunia twitter dan Facebook kecoh dengan berita pasal bintang kungfu ternama, Jackie Chan meninggal dunia. Memang satu yang mengejutkan. Tapi sekilas baca berita tu pun, Budiey dah tahu, ianya satu berita palsu. Belum tiba bulan April lagi, diorang ni sengaja nak buat April Fool. Budiey rasa, ini entah kali ke berapa berita palsu pasal kematian Jackie Chan ni disebarkan. Tak silap pada tahun 2008 dulu, pernah sekali berita macam ni dibuat. Itulah, bila dunia dah moden dan canggih dengan laman sosial, manusia mengunakannya dengan cara yang salah.

Berita pasal kematian yang disebarkan tu boleh dibaca di SINI.

The Karate Kid Movie Still

Cakap pasal Jackie Chan ni, filem terbaru lakonan suara beliau, Kungfu Panda 2 akan ditayangkan di sinema tidak lama lagi. Budiey dah tak sabar nak tonton filem Kungfu Panda 2 ni. Suara Jackie Chan digunakan untuk watak monkey. Angelina Jolie pula untuk watak Tigress.

NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.

Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul ‘Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung’ itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

“Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula.”

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini. via Mstar Online

Yang ni poster lama ni, teaser untuk Chinese New Year yang lalu.

kungfu panda gon xi fa chai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nanu Baharudin Tasha Shilla dalam Drama Sahara

Ujibakat Deko Idaman Selebriti TV3