in ,

Sinopsis Filem Ponti VS Omi

PONTI VS OMI : SIAPA LAGI HORROR?

SINOPSIS PONTI VS OMI

Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Ponti VS Omi

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Ponti VS Omi

SENARAI PELAKON

OMI : Johan Raja Lawak

PONTI : Nabil Raja Lawak

PAK REJAB : Afdlin Shauki

SUDIRO : Khir Rahman

RUMINAH : Lana Nordin

SAODAH : Adibah Noor

BUNGA CINTA KASTURI : Athira

BUNGA CINTA MELUR : Isma Hanum

LEMBAGA HITAM : Harun Salim Bachik

PROFFESOR ERIC MAN : Man Raja Lawak

DR. ROMI : Black Kopi O Raja Lawak

RATU SYAIRA : Sharifah Shahira

MARIA : Syarifah Amani

PENASIHAT PONTIANAK 1 : Dira Abu Zahar

PENASIHAT PONTIANAK 2 : Ozlyn Watie

PAKOK : Tepet Raja Lawak

HENTAK : Fizz Fairuz

Ponti VS Omi

Ponti VS Omi

Ponti VS Omi

Ponti VS Omi

Ponti VS Omi

Ponti VS Omi

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. mesti best…kisah kehidupan sesama hantu yg baru nk blaja jadi hantu..ada afdlin, harun salim bachik, johan n nabil…mesti lawak

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Up Close and Personal with Prince William & Kate Middleton

Ashraf Muslim Akan Bertunang Sabtu Ini