in ,

Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010

Lord’s Tailor Taja Zizan Raja Lawak Anugerah Bintang Popular 2010. Dua hari menjelangnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, 11 pelakon telah bergaya dengan pakaian lengkap tajaan Lord’s Tailor. Setiap selebriti yang datang turut diberikan topi untuk dipakai bagi memberikan aura klasik. Nampak macam pelakon Hollywood zaman 70an pun ada.

Artis yang mendapat tajaan dari Lord’s Tailor ialah Shaarnaz Ahmad, Zizan Raja Lawak, Aaron Aziz, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Aeril Zafriel, Fizo Omar dan Iqram Dinzly.

VIDEO Pelakon Lelaki Kacak Ditaja Lords Tailor

Pada jam 4 petang tadi, seramai 11 orang pelakon lelaki telah menerima pakaian rekaan dari Lord’s Tailor untuk dipakai di Anugerah Bintang Popular 2010. Nampaknya, ramai yang dah tak sabar untuk naik ke Genting bagi menghadiri acara kemuncak gilang gemilang ini. Termasuklah semua pelakon lelaki yang hadir di acara santai petang tadi.

Antaranya ialah Zizan Raja Lawak yang kelihatan smart dan kacak mengenakan fesyen bertemakan moden klasik. Ini adalah kali kedua Zizan Raja Lawak ditaja oleh Lord’s Tailor.

Jadual Zizan sangat sibuk, pada malam ini beliau akan berentap bersama Johan dalam Maharaja Lawak di Studio Finas dan kemudian terus bergegas ke Genting HIghlands untuk memulakan acara raptai ABPBH2010. Selain tercalon, Zizan juga adalah hos bersama dengan Raja Azura dan Shiera. Zizan juga akan menyanyi bersama dengan gengnya. Nak tahu lagu apa, kenalah tonton ABP.

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Chef Wan Keliling Dunia dalam Travelogue Ekspedisi 2011

Mastika Mencari Logika