in ,

Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki

Ini pula gambar 7 dulang hantaran pihak lelaki yang sempat Budiey ambil. Antaranya, setepak sirih, sebentuk cincin berlian, seutas jam tangan, sepasang beg dan dompet, set haruman dan penjagaan badan dan manisan berbentuk coklat.

Bagi melengkapkan adat dan syarat, pengantin lelaki telah membawa mas kahwin bernilai RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM22,000.00. Angka 22 dipilih kerana ia mempunyai simbolik yang tersendiri kepada kedua-dua pasangan ini.

Sebenarnya, dah lama betul Budiey tak ambik gambar artis kahwin. Sekali dapat peluang ni, Budiey letaklah semua gambar yang Budiey ambil buat tatapan pembaca. Bukan apa, Budiey tak nak pergi ambik gambar artis kahwin sebab tak dijemput. Mana boleh datang macam tu je. Tak nak lah tebalkan muka macam sesetengah orang. Tak dijemput pun ko datang. Tak naklah jadi tetamu tak diundang. Jadi, bila dah sekali dijemput. Ambiklah peluang.

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3’S SPECIAL HOLIDAY TREATS FOR THE KIDS

Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran