in

Gossip Pelawak Popular Bercerai & Kahwin di Siam

Amacam puasa korang so far? Ada okay. Bagus. Kita ni kira okay tau dapat puasa dalam masa yang taklah panjang sangat. Tapi dari info yang Budiey dapat, tempoh puasa paling singkat ialah di Argentina (9 jam) dan paling lama di Norway & Denmark (21jam). Malaysia sekitar 14jam saja. Kira okay apa. Jadi, berpuasalah dalam iman. Selain itu, jangan pulak duk bergosip sangat di bulan puasa ni. Cakap pasal gosip, tadi Budiey ada baca citer pasal seorang pelawak ni yang kononnya dah bercerai dengan isteri dia sebab mengidam mahu makan pucuk muda. Haa, bernikah pulak kat Siam, ko! Huhu. Agak-agak, siapakah pelawak ni? Deng Deng Deng. *Ikut gaya Soo Wincci*

Dengarnya, pelawak yang rezekinya semakin mencurah-curah sekarang ini sudah pun bercerai dan terus berkahwin dengan gadis yang lebih muda daripada isterinya itu. Malah, pelawak ini dikhabarkan telah pun melangsungkan perkahwinannya itu di Siam atau pun Thailand.

Pun begitu, kebahagian itu hanya dinikmati seketika saja.Mengapa pulak ni? Yang pasti, pelawak ini telah bertekad untuk memberitahu mengenai status perkahwinannya itu nanti.

Namun, perkara yang paling sahih adalah pelawak ini merupakan seorang lelaki yang sudah pun bergelar bapa. Sekarang ini, Murai Batu hanya menunggu masa sesuai untuk pelawak ini menjelaskan segala-galanya. via Murai.

Smart & kasual. Ini dia koleksi baju raya tajaan dari Pelakon Zizan Nin. TQ bro

Beralih kepada perkara yang lain pula, di kesempatan ini, Budiey nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pelakon Zizan Nin yang sudi menaja baju raya Budiey untuk tahun ini. Syukur. Rezeki di bulan Ramadan ini.

Kepada yang tak tahu, Zizan Nin ada menjual koleksi baju Melayu pilihan dan rekaan beliau di Butik Kay Maria yang terletak Kota Damansara.

Wah, dalam diam Zizan Nin dah bergelar usahawan baju Melayu menggunakan jenama namanya sendiri setahun yang lalu.

“Alhamdulillah, bisnes saya mendapat sambutan dan sokongan daripada rakan-rakan artis, kenalan dan peminat saya.Nampaknya saya kena tambah stok kerana banyak permintaan. Apabila saya dan isteri bercuti ke mana-mana sahaja, kami pasti akan mencari kain yang bersesuaian untuk di buat baju Melayu dan kemeja untuk label “ZizanIn”.

Baju Melayu itu dijual di butik rakan perniagaannya, Kay Maria Butik, no 3-G Jalan PJU 5/20A The Strand Kota Damansara atau hubungi 03-6142 7418.

Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.

Cantek tak baju Melayu utk raya hadiah dari Zizan Nin ni?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Rozita Che Wan di Majlis Berbuka Astro

Senarai Program Raya di TV Astro 2012