in

Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV

Semalam telah berlangsung KRU TV Media Launch di Laundry Bar dekat eCurve. Yang menjadi tumpuan ramai, pastinya seorang gadis yang menjadi ikon KRU TV iaitu Neelofa. Rasa ramai yang dah kenal dengan pengacara dan pelakon yang hot dengan lentuk tubuh yang cantik, daring, eksotik dan seksi ni. Neelofa adalah pemenang juara dengan gelaran Dewi Remaja 2010. Ini adalah pertama kali Budiey dapat bersua muka dan sempat juga menemubual Neelofa atau Neelofa binti Mohd Noor.

Temubual Budiey Bersama Neelofa Pengacara Paparazi KRU TV

Sejurus selepas memenangi Dewi Remaja 2010, Neelofa terus mendapat tawaran berlakon dari seorang pengarah terkenal. Sekarang Neelofa menerima tawaran untuk menjadi residen artis di bawah naungan KRU Studios. Kini beliau menjadi pengacara tetap untuk program Paparazi di KRU TV.

Bercerita tentang kerjayanya yang sangat sibuk di mana Neelofa baru sahaja habis mengacarakan program di Astro Ceria dan baru sahaja habis pengambaran drama di bawah arahan Erma Fatima. Sekarang masih sibuk juga menjalani pengambaran untuk filem Azura. Apa-apa pun, menurut kata Neelofa, beliau lebih memilih bidang pengacaraan sebagai karier utamanya.

Tentang gosip dan desas-desus mengatakan Neelofa dan Shahz Jaszle bercinta itu tak benar sama sekali. Dah tutup buku dah pun. Dulu pun, Shahz Jaszle keluarkan statement, dia dan Neelofa cuma rakan sekerja sahaja. Sekarang, Neelofa mengaku di depan Budiey yang dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang bukannya selebriti atau terlibat dengan dunia hiburan. Semoga Neelofa bertemu dengan jodohnya.

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Wings di Latihan Konsert Opera Hidup

KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON