Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]



Page 1 of 212





Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Temubual Budiey Bersama Aril AF7 - Hos Trek Selebriti




Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?

time October 30th, 2008 | category Category: Gosip |
comment 167 Comments »

Berita tergempar! Budiey ada mendapat info berita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa pelakon Gerak Khas yang ditangkap basah jam 3 pagi tadi ialah Norman Hakim dengan pelakon muda bernama Memey.

Kesian kat Abby Abadi… baru beranak dah meroyan lagi.

Diorang ni… hari tu tak mengaku yang ada hubungan skandal. Siap cakap tunjuk bukti lagi. Terus aje Allah tu bayar cash kat diorang bukti kebenaran

Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

Metika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ?katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Gambar Norman Hakim Botak
  • Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Pass Ticket For MTV Asia Awards 2008 Voting Party & Mosh Pit Audition

    time July 15th, 2008 | category Category: MTV Asia Awards |
    comment 6 Comments »

    Budiey BlogMTV Asia Awards 2008 kembali setelah sekian lama menyepi. Kali ini lebih besar, lebih gempak dan lebih meriah. Sebab apa? Hehehe, dah tentu lebih meriah apabila berlangsung di Kota Keriangan (Genting City of Entertainment) Genting Highland pada 2 Ogos 2008 ini.

    Pertama kali beb, buat kat Malaysia. Pertama kali juga, Budiey telah dijemput untuk ke acara ini sebagai media. Eloklah, 1 Ogos tu, birthday Budiey, so boleh sambut dengan Jaret Letto atau Pussycat Dolls kat sana la ek? Haha, acah aje la.

    Anugerah pada malam itu akan dibuka dengan hiburan gempak dari Pussycat Dolls dengan lagu mereka “When I Grow Up”. Mantap ke? Ianya akan dihoskan oleh Jaret Letto dan Karen Mok. Kepada yang tak kenal Jaret Letto, dia adalah seorang vokalis American rock band 30 Seconds To Mars.

    Budiey dapat tahu agak susah juga nak dapatkan pass atau tiket untuk masuk acara tahunan yang mengumpulkan penyanyi dari Asia ini.

    Camna nak dapatkan pass?

    Apa-apa pun, untuk korang yang nak pergi sangat, ada caranya. Selain vote di laman web MTV Asia, peminat boleh berkumpul dan masuk ujibakat untuk menjadi Mosh Pit di Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2008 dari jam 6 petang hingga 9 malam. Ianya diadakan dalam satu party yang meriah. Tapi masa tak sesuai sangat sebab bermula jam 6 petang. Sepatut buat jam 8 malam ke atas untuk menghormati waktu Maghrib. Tapi ada penganjur kisah?

    Jomlah datang untuk meriahkannya!

    Penonton saluran MTV yang hadir ke parti ujibakat di Zouk pada hari itu akan dihiburkan juga dengan beberapa persembahan artis tempatan dan peminat juga dapat memenangi barangan MTV Asia Awards yang begitu eksklusif.

    MAA Roadshow

    Date: Saturday, July 19 & Sunday, July 20 Jam 12 tengahari
    Venue: Cineleisure, Kuala Lumpur 

    Voting Party

    Date: Saturday, July 19
    Time: 9 – 11pm
    Venue: Zouk Club, KL
    Performing acts: One Buck Short and Bitter Sweet

    Yang paling penting, anda juga berpeluang untuk memenangi GOLDEN tiket untuk menyaksikan secara langsung acara gempak itu di Arena of Stars pada 2 Ogos nanti. Dapat tiket VIP lagi tu!

    Pada parti ujibakat itu juga, selain muzik, satu pertunjukan fesyen akan berlangsung di EDC Fashion Show yang mana EDC Espirit adalah penaja untuk MTV Asia Awards kali ini. Acara ini diacarakan oleh hos terkenal Utt dan Taya! Wow! Budiey like Taya!

    Hos MTV Taya ni HOT giler!

    Tiket untuk MTV Asia Awards tidak dijual, jadi anda boleh menyertai juga peraduan yang terdapat di Hitz FM dan My FM.

    Pada tahun ini, anugerah ini mempertaruhkan pencalonan dalam 167 kategori yang mana 10 antaranya ditentukan oleh undian penonton di laman web rasmi MTV Asia Awards dan secara SMS.

    Sekali lagi Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Singapura, Stefanie Sun tersenarai dan Budiey jangka kemenangan masih berpihak kepada mereka atas sebab jumlah peminatnya begitu ramai.

    Persaingan lebih mengancam bila Superman Malaysia, Faizal Tahir dan Pop Shuvit turut terpilih memasuki senarai. Kita tunggu sahajala sape yang menang!

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Bittersweet & One Buck Short @ Voting Party MTV Asia Awards
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • 8TV at PROMAX ASIA AWARDS 2009
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Early Bird Promotion For Sunburst KL Pineapple Concerts
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Fann Wong Bra Scenes Drama
  • Oscar Academy Awards Cancelled?
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah

    time July 15th, 2008 | category Category: Sairah |
    comment 33 Comments »

    Siti Nursairah Tarudin atau Sairah telah pun merakamkan single pertama beliau yang berjudul Hero Wayang. Sebuah lagu yang menceritakan tentang isi hati seorang insan bergelar anak wayang. Dikenali, dipuja dan disanjung dengan bakat seninya, namun tidak ramai yang mengerti apa tersirat dalam hati.

    Single ini sudah mula dimainkan di radio-radio sejak Sabtu lalu. Sairah yang pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak di bangku sekolah telah merealisasikan impiannya untuk mempunyai lagu sendiri kerana sebelum ini beliau hanya dikenali sebagai adik kepada Siti Nurhaliza dan kerap juga muncul di acara-acara nyanyian mengiringi kakaknya.

    Single terbaru ini merupakan usaha awal Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd untuk memperkenalkan artis terbarunya dan lagu yang berirama rancak dan rap ini juga dijangka akan menarik perhatian pendengar. Apatah lagi Sairah mengundang tiga anggota VE iaitu Damian, Cham dan Shah serta Dali Ahli Fiqir untuk tampil bersamanya menyanyikan lagu tersebut.

    Lagu ciptaan Firdaus Mahmud dan Sairah sendiri mendapat sentuhan Allahyarham Loloq dalam penghasilan liriknya. Hero Wayang antara karya terakhir beliau sebelum meninggal dunia beberpa bulan selepas memberi lirik tersebut kepada Sairah.

    Selain Sairah, SNP juga akan mengeluarkan single Saida AF6 dan juga album kumpulan Coda sebelum bulan puasa nanti.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sairah di Majlis Berbuka Puasa SNP
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • SAIDA, CODA, SAIRAH ARTIS BARU SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (M) SDN BHD
  • 52nd Annual Grammy Awards, Sairah & Script Virus Trojan Malware
  • Opening Act Coda, Saida dan Sairah di Konsert Seribu Warna
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Gambar Sairah di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Gambar Terbaru Saida Bersama Anak



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Sekitar Pelancaran Album The Best Of Ari Lasso di Planet Hollywood

    time July 13th, 2008 | category Category: Album, Ari Lasso |
    comment No Comments »

    Pada 11 Julai lalu, bertempat di Planet Hollywood Kuala Lumpur, satu sidang media pelancaran album terbaru The Best Of Ari Lasso telah diadakan pada jam 3 petang.

    Album ini diterbitkan khusus kepada peminat penyanyi yang terkenal dengan vokal matangnya yang begitu memukau. Jadi, peminat setia yang begitu fanatik tidak perlu membeli album bajakan atau cetak rompak atau kompilasi mp3 kerana album ini semestinya menjaminkan kepuasan.

    Ketika ditemui pada sidang media perlancaran album pada sore itu, Ari ada komen:

    “Rasanya, sudah tiba masa untuk penghasilan album ‘The Best Of…’ ini. Sebenarnya, album ini didedikasikan kepada peminat-peminat saya di Indonesia dan di Malaysia. Mereka sering kali bertanya bilakah ingin menghasilkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu terbaik. Ini disebabkan banyak lagu-lagu yang pernah popular dicetak rompak. Di atas sokongan mereka, maka saya menghasilkan Ari Lasso ‘The Best Of.’ Namun, saya memohon maaf kerana tidak semua lagu hits yang dapat dimuatkan di dalam album ini.”

    Sebanyak 12 buah lagu di dalam album ‘The Best Of’ ini. Tiga buah lagu baru digabungkan dengan sembilan buah lagu yang pernah ngetop. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah

    Lagu Baru:

    1. Badai Pasti Berlalu
    2. Mana Kutahu
    3. Aku dan Dirimu (bersama Bunga Citra Lestari)

    Lagu Terbaik yang pernah ngetop:

    1. Misteri Illahi
    2. Perbedaan
    3. Cinta Terakhir
    4. Mengejar Matahari
    5. Penjaga Hati
    6. Hampa
    7. Patah Hati
    8. Sehidup Semati
    9. Rahasia Perempuan

    Apa ada dalam Lagu Aku dan Dirimu?
    Lagu cinta romantis ini ciptaan Dian ‘Nebula’ dan lirik ditulis oleh Ari sendiri. Lagu ’single’ pertama untuk album ini telah pun popular di stesen radio di malaysia. Susunan muzik diusahakan oleh Pay dan permainan ’string’ oleh Andi Rianto begitu mantap dan kedengaran sempurna. Dengan kerjasama ini, menjadikan lagu ‘Aku dan Dirimu’ duet bersama Bunga Citra Lestari, begitu harmoni dan mantap.

    Bagaimana boleh berkolaborasi dengan Bunga?
    Pada awal tahun 2007, Ari dan Bunga pernah berkolaborasi dalam satu pentas dan segalanya datang dengan idea santai di dalam studio rakaman. Secara kebetulan mereka bertemu ketika sesi rakaman album masing-masing. Ari Lasso menyukai suara dan vokal Bunga yang cukup lembut, berkarektor dan mempunyai penghayatan terbaik. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Bunga, maka tanpa berfikir panjang, mempelawa Ari merakam lagu bersamanya. Setelah lima bulan diusahakan, akhirnya terhasillah ’single’ Aku dan Dirimu’ ini.

    Petang itu juga, para media dan hadirin dihiburkan dengan 3 buah lagu dari Ari Lasso.

    Budiey kira lagu duet ini akan berjaya dan hits di Malaysia. Irama yang senang didengari, dan senang di telinga, menjadikan lagu ini akan diterima ramai peminat.

    Peminat boleh mendapatkan Album Ari Lasso ‘The Best Of’ yang sudah berada di pasaran semenjak 30 April 2008. Ianya telah dihasilkan di Malaysia oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan secara ekslusif oleh PMP Entertainment Sdn Bhd.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood
  • Sekitar Showcase Ari Lasso The Best of di Planet Hollywood
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Zainal Abidin, Ramli Sarip, Anuar Zain at Planet Hollywood
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Bersama Menyambut Hari Kekasih di Planet Hollywood
  • Meriahnya Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!