in , ,

Betul Ke Zahirah MacWilson & Rita Rudaini Ada Masalah?

Mulai semalam, ramai yang dikejutkan dengan khabar angin tentang dua orang pelakon iaitu Zahirah MacWilson dan Rita Rudaini ada masalah? Betul ke mereka berdua ada masalah? Atau sekadar fitnah yang diperhebohkan di media sosial?

Laporan dari wartawan Mstar Online, ada bertanyakan kepada pelakon Jangan Benci Cintaku itu semasa ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Petaling Jaya.

Menurut laporan Mstar Online, Zahirah MacWilson mengakui terkejut laporan berita yang mendakwa dia ada masalah dengan pelakon Rita Rudaini. Zahirah tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku sehingga tercetusnya berita demikian.

Betul Ke Zahirah MacWilson & Rita Rudaini Ada Masalah?

“Saya terkejut dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, saya tidak pernah jumpa dan bekerja dengan Rita Rudaini sebelum ini,”

Zahirah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar tentang pelakon Rita Rudaini yang terkilan apabila dituduh cemburui kerjaya aktres berkenaan.

Zahirah Terkejut

Menerusi laporan itu, Rita berkata, dia terkejut apabila dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Sementara itu, Zahirah berkata, dia masih baharu dalam industri dan tidak mahu menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak.

“Saya baru tiga tahun dalam industri dan saya rasa tidak pernah buat salah atau bergaduh dengan sesiapa kecuali perkara yang sudah berlalu.”

Tambahnya, sebagai manusia biasa dia tidak boleh untuk memaksa orang lain untuk menyukai dirinya.

“Its okey kalau orang tidak suka kita, saya pun tidak ada tidak suka orang, bukan tidak suka tapi tidak berapa minat. Saya terima kalau orang tidak suka saya,”

Menurut laporan Berita Harian & Harian Metro pula, pelakon Rita Rudaini pula melahirkan rasa kesal dan terkilan apabila dirinya difitnah oleh pihak yang tak bertanggungjawab kononnya cemburukan dan dengki dengan aktres muda, Zahirah Macwilson.

Betul Ke Zahirah MacWilson & Rita Rudaini Ada Masalah?Betul Ke Zahirah MacWilson & Rita Rudaini Ada Masalah?

Makin Ramai Orang ‘Busuk’ – Rita

Rita, 42, berkata dia terkejut apabila dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah, sedangkan dirinya tidak pernah mengenali pelakon terbabit secara dekat.

“Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut. Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat,” – Rita Rudaini

Pelakon Misi Laksa dan Laksam itu berkata, dia pelik dengan sikap sesetengah individu yang suka menyebarkan cerita tidak sahih.

Tegasnya juga, dia bukanlah artis yang suka mencari publisiti menerusi khabar angin merapu.

“Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

“Saya tidak mahu hidup dengan cerita kontroversi atau tak masuk akal. Mungkin sesetengah artis perlukan publisiti sebegitu, tetapi bukan saya. Sejak awal saya berlakon, niat saya cuma satu iaitu mahu mencari rezeki,” – Rita

Rita berharap, perkara itu tidak dibangkitkan lagi bagi mengelakkan namanya dan Zahirah, 23, terjejas.

“Isu sebegini hanya akan menimbulkan salah faham pada Zahirah yang tidak tahu cerita sebenar. Apa pun, saya harap ia tidak lagi dibangkitkan dan tiada lagi khabar angin mengarut seperti ini,” – Rita

Apa yang kita harapkan isu ini akan diselesaikan dengan baik, jika mereka betul-betul ada masalah.

Sumber: Mstar Online & Berita Harian

zahirah macwilson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cuba Top List 13 Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Sinopsis & Trailer Filem KUNG FU LEAGUE