in

Sebab-Sebab Ahmad Idham Cabar Kak Pora

[dropcap]K[/dropcap]etika filem tempatan, berhadapan dengan kemelut dari segi kutipan pawagam yang menentukan survivor penerbit filem Melayu dalam industri ini, Ahmad Idham menyuarakan rasa terkilan, di atas kenyataan wartawan yang dianggapnya ‘pendek akal’ di ruangan gosip ‘Kak Pora’ di surat khabar Berita Minggu, bertarikh 18 Ogos 2013.

Menurut Ahmad Idham:

“Saya cukup kesal dengan apa yang ditulis oleh wartawan terbabit. Isu seperti ini, bukan seperti kisah peribadi artis yang boleh diletakkan dalam ruang gosip. Ini merupakan isu industri yang sepatutnya dibincangkan bersama secara terbuka. Bukannya baling batu sembunyi tangan.”

ahmad idham

Dalam ruangan gosip Kak Pora, dengan tajuk ‘Usah salahkan FINAS filem tak laku,’ wartawan yang berselindung di sebalik nama pena ‘Kak Pora’ dilihat menyerang balas secara peribadi dalam penulisannya, di atas temuramah terdahulu, antara Ahmad Idham dengan wartawan RAP, Harian Metro iaitu Wahi Aziz, dengan tajuk ‘Idham mahu FINAS bertindak,’ bertarikh 14 ogos 2013.

“Bagi saya, tindakan yang dilakukan oleh wartawan tersebut, dilihat cukup ‘pendek akal.’ Apa yang ditulisnya, lebih bersifat peribadi. Dalam saya meluahkan kegusaran apabila melihat masalah serius yang berlaku dalam industri filem, dia (wartawan terbabit) dilihat lebih seronok menyalahkan saya, sepatutnya dia berusaha untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.”

“Kan nampak dia (wartawan) lebih cerdik dengan membuat ruangan komentar atau komen, berdasarkan jawapan yang diterima dari Ketua Pengarah FINAS atau mereka yang terbabit. Ini tidak, dia pula yang sibuk menjadi ‘jurucakap tidak berbayar’ bagi agensi terbabit, lepas tu menggunakan ruangan gosip pula.”

“Selama saya memperjuangkan kehendak dan kepentingan pengiat seni (filem) tempatan, saya amat menghargai kerjasama dan sokongan rakan wartawan, untuk membantu mempertingkatkan lagi industri ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih. Tetapi, bila melihat hal seperti ini, saya merasakan yang mungkin ada agenda lain yang cuba dicapai oleh wartawan (Kak Pora) terbabit. Industri kita bukan dirosakkan oleh orang luar, tetapi oleh mereka seperti ini.”

Ditanya mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh wartawan terbabit, Idham dengan nada tegas dan jelas berkata,

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi di belakang ruangan gosip seperti ‘Kak Pora.”

Di tanya kewajaran cabaran ini, Idham menambah “Dengan tindakan itu juga, massa lebih percaya kredibiliti wartawan tersebut, begitu juga pengiat bidang perfileman kita.”

“Saya tidak marah, tetapi dalam keadaan sekarang di mana para wartawan mempunyai tahap pendidikan dan intelek yang tinggi, masih ada wartawan seperti ini yang menjadi ‘parasit’ merosakkan industri ,” jawab Ahmad Idham ditanya mengenai perasaannya.

Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM 97.29 juta (76 filem), berbanding RM 126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar sekadar RM 40.39 juta sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keys to Happiness

Gambar Sekitar Tayangan Perdana Filem Tanda Putera