in , , ,

“Patut Saya Kahwin Tahun Lepas Tapi…” – Nelydia Senrose

Pelakon jelita Nelydia Senrose telah mendedahkan yang beliau sepatutnya berkahwin dengan kekasihnya, Hafiz, pada tahun lalu, tetapi ia terpaksa ditunda. Haa… apa citer ni?

Menurut laporan yang disiarkan di Portal Gempak, Nelydia Senrose memberitahu perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya terpaksa ditangguhkan dek kerana kekangan kerja.

Kekasih Nelydia bernama Hafiz itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur dan dibesarkan di Kuala Lumpu

Nelydia & Hafiz

“Sebenarnya, saya merencana untuk menamatkan zaman bujang tahun lalu. Namun begitu, perancangan terbabit tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kerja.

“Pada penghujung tahun pula, saya sudah sibuk dengan persiapan untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga dan berlepas ke Tanah Suci Mekah.

“Saya terfikir, mungkin juga masanya belum tiba, sebab itu perancangan terbabit tidak menjadi kenyataan.

“Ketika mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini, saya juga ada berdoa agak urusan perkahwinan saya dipermudahkan tahun ini. Insya-Allah, saya bakal meneruskan perancangan berkahwin pada tahun ini,”

– Nelydia Senrose
Nelydia Senrose

Beliau juga enggan mendedahkan tarikh yang dirancang untuk menamatkan zaman bujang dan akan berkongsi berita gembira sekiranya telah bersedia dengan persiapan akhir.

Kami di sini mendoakan yang terbaik bagi hubungan Nelydia dan Hafiz. Cepat-cepatlah ke jinjang pelamin ya. Kalau ada berita baik tu, jangan lupa jemput Budiey ya.

Sumber: Gempak

Nelydia Senrose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Ariff Bahran Bercinta Dengan Sarah Suhairi?

Resepi Malaysia-Brunei Dalam EKSPLORASA 2