in , ,

Kontroversi Gelaran Dewi Remaja Buat Haneesya Ditarik Balik

Tak pernah lagi berlaku. Inilah kali pertamanya dalam sejarah penganjuran, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang diberikan kepada Haneesya Hanee telah ditarik balik. Apa dah jadi? Ramai yang tertanya-tanya.

Semua ini gara-gara susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan beberapa peserta memegang gelas minuman keras di sebuah kelab malam. Semenjak viral video tersebut tular di laman sosial, ramai netizen mengecam kehidupan Haneesya dan mempertikai kemenangannya yang dianggap tidak layak digelar sebagai ikon kepada remaja.

Isu ini menjadikan gelaran Dewi Remaja tersingkat dalam sejarah iaitu selama 72 jam.

Haneesya Hanee

Penarikan balik gelaran itu dibuat dalam satu sidang media oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis. Penarikan ini kerana melanggar kontral perjanjian. Bukan Haneesya sahaja yang kena tindakan.

Di majlis itu, Haneesya diminta mengembalikan semula mahkota, selempang serta trofi kemenangannya dan mengakui kesilapannya itu.

Pengumuman itu dilakukan dalam satu sidang media, petang tadi oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis.

Menurut Faiz Aimman, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Turut dijalankan adalah penyerahan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangan.

“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, dan pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.

“Kami memuji keberanian Haneesya tampil secara profesional untuk memperbetulkan keadaan. Kami akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan selepas,” 

– Editor majalah Remaja, Faiz Aimman

Haneesya Hanee akur, apabila gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepadanya Ahad lalu, ditarik balik.

Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 18, turut memohon maaf atas apa yang berlaku dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Sementara itu, Haneesya memohon maaf dan menerima penarikan balik gelaran itu dengan hati terbuka.

“Memang saya yang bersalah. Tindakan mereka menarik balik gelaran itu sesuatu yang wajar dan saya terima dengan hati yang terbuka. Ia tindakan yang wajar, malah sebelum sidang media bermula, saya sudah bersedia untuk mengembalikan gelaran ini kerana tahu perbuatan saya menjejaskan nama baik jenama itu.

Kita sebagai manusia, tidak lari daripada membuat salah. Semua orang patut dapat peluang kedua,”

“Jauh di sudut hati, saya meminta maaf sedalam-dalamnya. Saya akui, ia adalah kesilapan bodoh saya dan saya sendiri tak menjangkakan kesannya sebesar ini,

– Haneesya

Haneesya juga berharap, orang ramai tidak terus menyalahkan ibunya kerana wanita itu tiada kena mengena dengan apa yang berlaku.

“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ia pilihan saya dan kalau boleh, berikan dia ruang,”

– Haneesya

Sementara itu, Editor Remaja, Faiz Aimman berkata, mereka turut bersedih atas apa yang berlaku, namun memuji keberanian Haneesya tampil untuk memperbetulkan keadaan.

“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.

“Apa yang berlaku membabitkan reputasi majalah Remaja, jenama Dewi Remaja dan pihak penganjur, Nu Ideaktiv. Kami sangat kesal dengan insiden yang berlaku

“Kami memuji keberanian Haneesya tampil secara profesional untuk memperbetulkan keadaan dan sentiasa menyokong apa saja yang dilakukannya selepas ini,”

– Editor Remaja, Faiz Aimman

Faiz berkata, tidak akan ada pemenang menggantikan kejuaraan Haneesya.

“Tiada sesiapa akan menggantikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan kekal di kedudukan mereka. Finalis lain akan terus mewakili Dewi Remaja 2018/2019 untuk apa-apa aktiviti atau acara mengikut keperluan di masa akan datang,”

– Editor Remaja, Faiz Aimman

Kalau tidak Haneesya, siapa yang patut menang juara Dewi Remaja rasa-rasanya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR 2020

Sherry Alhadad & Alif Satar Pengacara AJL33 Sedia Beri Yang Terbaik

Mamat Khalid Terpaksa Berehat Kerana Masalah Kesihatan