in

Gossip Kumpulan Max 24:7 Keluar Dari Pengurusan Aesar Mustaffa

Gossip yang agak kurang hangat diperkatakan ketika ini, kumpulan berimej K-pop Malaysia iaitu Max 24:7 tidak mengenang budi dan jasa pengurus mereka. Dikatakan juga kumpulan yang stylo ini tidak menghargai langsung segala bantuan yang dibuat oleh pengurusnya, Aesar Mustafa.

Kini, Max 24:7 telah menarik diri daripada pengurusan Aesar sebab mahu membawa haluan sendiri gara-gara dihasut oleh pihak luar. Memburukkan lagi keadaan grup yang dulunya pernah dikecam dan dikutuk hebat di media sosial ini telah mempercayai bulat-bulat segala kata negatif dari pihak luar kepada Aesar. Sabar je la Aesar ya. Biar je la orang luar tu sengaja nak menjatuhkan imej. Esok terima lah pembalasannya!

Budiey percaya, gossip ini adalah berdasarkan dari sebelah pihak sahaja. Mungkin akan datang, ada penjelasan pula dari Max 24:7. Jadi, kita tunggu apa penjelasan Max 24:7 pula, pasti ada sebab dan juga punca mengapa tidak mahu lagi diurus oleh Aesar.

Max 24:7

Dalam Utusan Malaysia hari ini, ada dicoretkan oleh Joyah di ruangan gosip:

JOYAH memang pantang kalau kita tolong orang, lepas tu orang tu tak hargai langsung apa yang kita buat pada dia.

Jadi jangan marah kalau Joyah cakap ‘dasar tak kenang budi’ dalam intonasi tinggi okey!

Hal inilah yang berlaku pada kumpulan Max 24:7. Joyah terkejut sangat bila dapat tahu kumpulan itu dah menarik diri daripada pengurusan Aesar Mustafa.

Joyah pelik juga. Iyalah, tak ada angin, tak ada ribut nak ‘blah’. Apa hal pula? Bila dirisik-risik, dicungkil-cungkil, barulah Joyah dapat jawapan.

Rupa-rupanya, mereka memang sengaja mahu bawa haluan sendiri. Kalau nak bawa haluan sendiri, suka hatilah tapi apa yang Joyah dengar, mereka ni macam dah dihasut oleh anasir luar yang memburuk-burukkan Aesar.


Eleh, tak payah nak gebang lebih. Kalau tak ada anasir luar pun, Joyah memang tahu sangat, kumpulan ni memang bermasalah dari dulu lagi.

Setahu Joyah, Aesarlah orang yang banyak membantu menaikkan nama Max 24:7. Walau dikutuk teruk tapi Aesar tetap bantu kumpulan itu menangani tohmahan orang.

Sekarang, Max 24:7 tuduh Aesar tak banyak menyumbang sedangkan selama ni, Aesar yang bersusah-payah cari show untuk mereka.

Joyah tak pelik, budak muda, biasalah, perasan bagus. Tak payah nak diva sangat kalau show pun orang yang tolong carikan.

Tolonglah, muak okey dengan perangai budak-budak baru yang macam ni. Joyah nak tengok sejauh mana mereka boleh pergi.

Jangan menyesal bila satu hari nanti awak terkena dan sengsara. Itu jam dik… orang ramai tepuk tangan je…

Semasa bertemu dengan Aesar di party ulangtahun seorang pengurus artis beberapa minggu lalu, Aesar juga ada mengatakan perancangan untuk masa depan pengurusan beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Wonderland Dokumentari Kembara Muzik Video Yuna

Irwansyah dan Isteri Mungkin Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah