in ,

Yana Samsudin Bertunang Dengan Anak Tokoh Korporat?

Beberapa hari lalu, ada gossip pasal pelakon cantik Yana Samsudin dikatakan telah bertunang dengan seorang lelaki berkulit putih melepak yang merupakan anak kepada seorang tokoh korporat. Mereka dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini. Dakwaan tersebut timbul ekoran baru-baru ini Yana ada meghadir ke sebuah majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam dan dia khabarnya datang bersama seorang jejaka berkulit putih.

“Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang boleh dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu. Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu.”

Yana Samsudin juga berkata yang beliau pastinya akan menghebahkan serta menjemput para media jika beliau bertunang atau berkahwin suatu hari nanti.

Yana Samsudin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melinda Looi Launches Emel By Melinda Looi Charity Raya Collection

Cat Farish | 23

The Fabulous Cats Kembali Segar Dengan Anggota Baru