in , ,

Gambar Tasha Shila Tema Filem Red Riding Hood di PC ASK2012

Sempena dengan Pelancaran Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung jam 3 petang tadi, pelakon sensasi, Tasha Shila telah menggayakan rekaan busana rekaan terbaru Hazwani Othman yang telah berinovasi dan berinspirasi dari sebuah filem seram thriller, Red Riding Hood.

Bagi Budiey, fesyen ini yang nampak mewah dan agak berani dengan aplikasi fabrik sutera yang berkemilau dan glamor dengan warna merah terang. Walaupun potongan ini nampak ringkas dan tidak banyak hiasan digunakan, namun fesyen ini nampak unik dengan adanya kain warna merah yang diikat di belakang dengan hood untuk menutup kepala.

Tasha Shila nampak menyerlah dengan fesyen ini dan Budiey boleh katakan ianya meletop sangat. Budiey kasi 4/5 bintang sebab fesyen ini menepati tema Anugerah Skrin 2012 iaitu Fairytale.

Video Temubual Bersama Pereka Hazwani Othman

Anugerah Skrin 2012 akan berlangsung pada 9 November 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra dari jam 9 malam hingga 11.30 malam, bersiaran langsung di TV3.

Jangan lupa tonton ya

Tasha Shila

red-riding-hood-movie-poster

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Talha Harith di Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Gambar Hazama di Sidang Media Anugerah Skrin 2012