in , , ,

Betul Ke Nabil Mahir & Sarah Hildebrand Putus Cinta?

Gitulah kan, takde angin takde ribut, perkhabaran terbaharu yang Budiey terima pasangan romantis sesuai bersama, Nabil mahir dan Sarah Hildebrand dikatakan telah putus? Betul ke dah retak ni? Atau ini sekadar gimik je?

Sarah Hildebrand

Spekulasi pengacara dan model, Nabil Mahir dan Sarah putus cinta ini tercetus apabila Nabila Mahir memadam gambar dan video Sarah di Instagram. Semua gambar Nabil dan Sarah sudah tiada dalam Instagram. Biar betul ni. Untuk rekod, Nabil dan Sarah telah bercinta lebih 5 tahun dah. Sayangnya, kalau diorang betul-betul putus.

Namun begitu, Sarah pula tidak memadam gambar Nabil Mahir di Instagramnya. 

Sarah Hildebrand & Nabil Mahir Putus Cinta: Ini Rahsia Perkenalan Mereka

Nabil juga turut menulis kapsyen yang seakan berpesan dan ingatan kepada pengikutnya. Atau mungkin ditujukan khusus untuk Sarah?

“People strive to change for the better.

“But when you change because of money and fame, thats just sad,”

= via IG Nabil Mahir

Apa-apa pun caption ni tak pasti pulak Nabil nak tuju kepada siapa.

Paling menguatkan gossip ini, apabila Nabil dan Sarah tidak lagi mengikuti akaun Instagram sesama mereka. Nabil dah pun unfollow Sarah dan Sarah pun buat benda yang sama. 

Mungkin kedua-duanya perlu tampil untuk menjelaskan keadaan hubungan mereka sebab ramai peminat dah bertanya. Ada di kalangan mereka berdoa agar hubungan dapat dipulihkan kembali. 

Nabil
Temubual Bersama Sarah Hildebrand

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Fazura Penuhi Tugas Duta Produk Q-Tab” – Saksi

Nabil Mahir

“Ya, Benar Kami Dah Putus & Suprisingly Sarah Dah Move on Dengan…” – Nabil Mahir