in ,

Afiq Muiz Kini Sudah Berbaik Dengan Ibunya

[dropcap]S[/dropcap]etiap hari pasti ada kisah terbaru yang kita lalui. Semua itu kita kumpulkan menjadi satu pengalaman. Sebagai manusia, kita tak lepas dari buat silap. Apa yang penting sekali, kita tak perlu nak ulangi kesilapan itu pada masa depan.

Wah, pagi-pagi lagi Budiey berfalsafah pasal hidup. Itu tak apa, sekali sekala, kita kena kongsi juga apa yang kita rasa. Tidak seperti pelakon lelaki kacak, Afiq Muiz yang kini dah serik untuk berkongsi kisah peribadi dengan media.

[pullquote align=”right”]Afiq Muiz Serik Kongsi Kisah Peribadi Kepada Media[/pullquote]

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa perkembangan seterusnya kisah perbalahan dua beranak ini. Sudah berbaikkah Afiq Muiz dengan ibunya? Nak-nak sekarang ni, tak lama lagi kita akan berpuasa. Lepas tu, nak sambut raya. Takkanlah, Afiq Muiz dan ibunya belum berdamai dan berbaik-baik?

Afiq Muiz memilih untuk berdiam diri. Cuma, Afiq ada cakap, hubungan dia dan ibunya dah okay. Dah kembali baik. Bercakap kepada wartawan Berita Harian, Afiq Muiz mengatakan pihak media tak perlu tahu sebab ini adalah soal peribadi dirinya.

“Saya tak nak berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini. Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi, lebih baik saya tak berikan komen yang panjang.”

Jika betullah hubungan Afiq Muiz dan ibunya dah berbaik semula, syukurlah. Sekarang tiada apa yang nak diceritakan lagi. Biarkan anak beranak ini ambil masa untuk selesaikan masalah mereka. Seperti kata Afiq, jika melibatkan beberapa pihak luar termasuk media, masalah ini akan bertambah keruh. Jadi lain kali, sebagai artis atau selebriti tidak perlulah nak war-warkan masalah atau meroyan di laman sosial seperti di Twitter, Facebook dan sebagainya. Kelak satu dunia akan tahu masalah dan pihak media pula dah jadi tugas mereka untuk mencari bahan berita.

Afiq Muiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Ako Mustapha Tubuh Malaya United Films

Arja Lee Mahu Sertai Akademi Fantasia 2013