in

Suria FM Guna Trak Untuk Promosi

[dropcap]J[/dropcap]angan terkejut jika anda pernah terjumpa dengan trak berbalut wajah penyampai Suria FM di sekitar Lembah Klang. Ya, kini Suria FM mempunyai sebuah trak yang beroperasi bermula 10 Mei 2013 yang lalu sehingga 9 Jun 2013 ini. Kamilah stesen radio pertama yang mempunyai trak seumpama itu.

Penyampai Suria FM bersama dengan Trak Suria FM (1)

[dropcap]T[/dropcap]rak ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan maksimum kepada semua warga kota. Jika sebelum ini anda pernah terlihat iklan Suria FM di papan-papan iklan seluruh Malaysia atau di dada bas-bas sekitar Lembah Klang, satu lagi idea promosi kami tampilkan melalui trak Suria FM ini. Trak ini dihiasi dengan wajah-wajah penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri, Linda Onn, Bob Ringgo dan DJ Lin.

Trak ini dijadualkan bergerak pada waktu pagi dan juga malam. Pada waktu malam, keseluruhan badan trak ini akan bercahaya. Lebih istimewa, trak ini turut memasang siaran Suria FM di sepanjang perjalanan untuk menarik perhatian orang yang lalu di sekitarnya.

Menurut Pengurus program Suria FM, Adiwati Zainuddin,

“Trak Suria FM ini adalah satu usaha yang berterusan untuk Suria FM terus dikenali. Ia memberikan pendedahan tentang Suria FM dan penyampai-penyampai Suria FM kepada masyarakat. Jadi, ia akan memperkukuhkan Suria FM dalam ingatan pendengar.”

Bagi anda yang telah melihat trak Suria FM, anda dialu-alukan untuk mengambil gambar bersama dengan trak ini dan muat naiknya di laman Facebook Suria FM atau Twitter Suria FM. Like di Facebook, Suria FM dan follow kami di Twitter, @suriafmradio. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my

Penyampai Suria FM bersama dengan Trak Suria FM

Barisan penyampai Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist

Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV