in

Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV

[dropcap]P[/dropcap]eneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton.

Paul Moss, Pengurus Besar Platform Media Prima Digital Menjawab Soalan Media

Paul Moss, Pengurus Besar Platform Media Prima Digital menjawab soalan media

Usahasama ini termeterai melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahahaman (MoU) yang telah diadakan pada September 2012 lalu. Kerjasama strategik ini telah menyaksikan pembangunan aplikasi streaming hiburan yang pertama seumpamanya di Malaysia melalui platform SMART TV; Tonton menyediakan perkhidmatan TV secara catch-up untuk kandungan pelbagai saluran TV, portal online serta stesen radio milik Media Prima Berhad. Antaranya termasuklah TV3, ntv7, 8TV, TV9, Gua TV, Fly TV, Hot TV, One TV, myMetroTV serta pelbagai lagi.

Samsung SMART TV tawar pelbagai kandungan hebat menerusi aplikasi TV Tonton

Aplikasi inovatif ini membenarkan pelanggan menikmati pilihan kandungan tempatan dan antarabangsa, melangkaui drama termasuk program hiburan, filem, video muzik dan berita semasa yang dibangunkan khas bagi memenuhi citarasa kepelbagaian kumpulan pengguna – semuanya menerusi Samsung SMART TV. Pengguna bukan sahaja dapat menonton program televisyen kegemaran secara ‘catch-up’ pada bila-bila masa yang disukai, malah boleh menggunakan kredit Tonton untuk menonton pelbagai kandungan premium Tonton – semuanya dalam keadaan selesa di kediaman persendirian dengan Samsung SMART TV. Aplikasi TV Tonton ini kini boleh dimuat-turun di stor aplikasi Samsung SMART TV.

Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics berkata:

“Penggunaan aplikasi ‘streaming’ video kini merupakan antara ‘trend’ popular di kalangan rakyat Malaysia. Dan Tonton merupakan aplikasi tempatan pertama dibangunkan untuk platform Samsung SMART TV. Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan telah melonjakkan posisi kami sebagai peneraju dalam tawaran kandungan yang meluas mengikut kemahuan pengguna. Kami begitu teruja dengan kemudahan yang bakal ditawarkan oleh aplikasi ini kepada pengguna. Kami akan terus berusaha membawakan pelbagai lagi penemuan terkini dalam memudahkan kehidupan serta tawaran pengalaman tontonan yang bermakna.”

Aplikasi TV Tonton turut membolehkan pengguna Samsung SMART TV mengakses ke capaian pustaka filem dan program TV di Tonton. Bersempena dengan pelancaran ini juga, Tonton menawarkan tontonan PERCUMA untuk beberapa drama hebat dari Tonton Premium sehingga 31hb Ogos 2013. Antaranya termasuk drama-drama hit di Malaysia, Setia Hujung Nyawa, Dejavu di Kinabalu, Terlanjur Cinta dan Love Compulsory (Musim 1). Nur Kasih, drama yang tidak dapat ditandingi popularitinya turut ditawarkan percuma sebagai imbuhan kepada penonton sepanjang tempoh promosi ini.

Di samping itu, pengguna Samsung Smart TV berpeluang melanggan perkhidmatan ‘TV Everywhere’ menerusi aplikasi ini. Pengguna boleh menonton siaran langsung untuk empat saluran TV – TV3, ntv7, 8TV dan TV9 secara “live streaming”.

Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital berkata:

“Dengan lebih 2.9 juta pengguna berdaftar di Tonton, kami begitu gembira menawarkan capaian Tonton kini kepada pelanggan Samsung menerusi tawaran meluas untuk kandungan tempatan dan antarabangsa. Pastinya pengalaman tontonan di Samsung SMART TV secara santai di ruang persendirian bakal menyumbangkan peningkatan untuk langganan kandungan dan kerjasama ini memantapkan Media Prima Digital sebagai perintis dalam membekalkan pengalaman digital “Over-The-Top” kepada pengguna.”

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung SMART TV dan aplikasi TV Samsung, layari www.samsung.com/my atau laman sosial Facebook di https://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Akses kandungan yang boleh ditonton menerusi aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV di www.tonton.com.my. Layari Tonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet untuk mendaftar akaun anda hari ini! Pendaftaran adalah PERCUMA.

KANDUNGAN TONTON PREMIUM EKSKLUSIF UNTUK PENGGUNA SAMSUNG SMART TV

Program / Tajuk Bahasa

  1. Seindah Sakura BM
  2. Dejavu di Kinabalu BM
  3. Julia BM
  4. Terlanjur Cinta BM
  5. Setia Hujung Nyawa BM
  6. Nur Kasih BM
  7. Love Compulsory Mandarin
  8. Summer Brothers Mandarin

ARTIS BULAN INI DI TONTON: FASHA SANDHA

Program / Tajuk Kandungan

  1. Chinta Drama
  2. Kehangatan Lantana Drama
  3. Cinta Elysa Drama
  4. Samson & Delaila Drama
  5. SH3 Film
Aplikasi Tonton Di Samsung Smart TvAplikasi Tonton di Samsung Smart TV

Wakil Dari Samsung Mendemonstrasi Cara Penggunaan Aplikasi Tonton

Wakil dari Samsung mendemonstrasi cara penggunaan aplikasi Tonton

Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Memberi Ucapan

Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan Samsung Malaysia memberi ucapan

Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital Memberi Ucapan

Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital memberi ucapan

Antara Tetamu Yang Hadir

Antara tetamu yang hadir

Finalis Showdown, Soul Krazy Membuat Persembahan

Finalis Showdown, Soul Krazy membuat persembahan

Aplikasi Tonton Eksklusif Di Samsung Smart Tv

Aplikasi Tonton eksklusif di Samsung Smart TV

Ainan Tasneem Bersama Gitarnya Mendendangkan Lagu Aku Suka Dia

Ainan Tasneem bersama gitarnya mendendangkan lagu Aku Suka Dia

Forteen Menyanyikan Lagu Tema Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Forteen menyanyikan lagu tema drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Guna Trak Untuk Promosi

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official