in

Sungei Wang Plaza Hadiah Power Rangers Samurai Kepada Anak Yatim

Budiey diberitakan sempena Musim Cuti Sekolah, Sungei Wang Plaza akan menjemput dua buah rumah anak yatim piatu (Precious Children Home dan Trinity Children Home PJ) ke Perasmian Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza.

Upacara Perasmian Power Rangers Samurai akan berlangsung seperti di bawah:-

Tarikh : 25 Mei 2012 (Jumaat)

Masa : 10:30 pagi

Tempat : Ruang Legar Sungei Wang Plaza

Kedua-dua rumah anak yatim piatu yang terletak di Petaling Jaya memberikan perkhidmatan kounseling dan penginapan kepada anak – anak yang telah ditinggalkan, dieskploitasi, didera dan diabaikan. Matlamat utama kedua –dua rumah tersebut adalah untuk memberi harapan masa depan cerah kepada anak – anak.

40 kanak – kanak dari kedua-dua rumah anak yatim piatu akan berpeluang untuk berjumpa dengan kelima-lima watak Power Rangers Samurai di samping menangkap gambar individu diikuti dengan hidangan tengah hari di KFC. Wakil- wakil dari Sungei Wang Plaza dan Litt Tak akan juga memberikan anak- anak “goodie bag” yang mengandungi peralatan Power Rangers Samurai dan gula –gula.

Antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan di Sungei Wang Plaza sempena musim cuti sekolah Power Rangers Samurai termasuklah:-

1) Sesi berjumpa Power Rangers Samurai (25 – 27 Mei & 1 -3 Jun, 1pm, 4pm & 7pm)

2) Pesta Barangan Power Rangers Samurai (25 Mei – 3 Jun)

3) Pertandingan Mewarna Power Rangers Samurai ( 3 Jun, 5:30pm)

4) Penebusan Pas Bertemu Power Rangers Samurai- Para pelanggan yang membeli RM 100 dan ke atas dalam resit terkumpul dalam hari yang sama akan layak menebus satu (1) pas bertemu Power Rangers Samurai berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Zizan Razak Pengacara Melodi Baru

Juliana Evan Jadi Puteri Dalam Drama Puteri Pulau Tuba