Situ Sana Sini: Mawi, Dekna, AIM14 & Aswad FC
Mawi memilih Dekna AF5 sebagai penyanyi jemputan di majlis Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace of The Golden Horses pada 13 Mei depan. Majlis sempena sambutan Hari Ibu itu adalah anjuran pertama Mawi World Sdn Bhd. Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Mawi ialah Untukmu Ibu (Exists) selain pertunjukan silap mata. Dekna dipilih berdasarkan karakternya yang selamba, lucu dan gila-gila. Harga meja-meja adalah daripada RM1500 sehingga RM5000. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hany (012-3023730), Zana (012-2881108) dan Jue (017-3114765) untuk melakukan tempahan.
Tarikh 28 April yang menjadi Malam kemuncak AIM14 kian hampir. Bertemakan Kemuncak Segalanya, AIM14 akan disiarkan secara langsung di ntv7, Hot.FM dan Fly.FM. Ahad ini (22 April), Road show AIM14 akan diadakan di ruang legar Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 3 petang. Seramai 14 calon finalis akan dihimpunkan. Mereka ialah Mawi, Jaclyn Victor, Sasi The Don, Bob, Farhan, Fazli Zainal, Sofaz, Kristal, Nita, Chobib, Dina, Samir, Nikki dan FTG. Mereka yang ingin menyaksikan persembahan secara langsung di PWTC, tiket berharga RM50 boleh dibeli di pejabat Akademi, No.8A, Tingkat satu, Jalan Pangkor off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-4044 5388. Team Sensasi Selebriti akan turut berada di sana untuk membuat liputan.
Majlis Pelancaran Aswad FC telah diadakan di Key’s Chay Koay Teow Corner, Seberang Jaya. Tanda sokongan moral untuk Aswad dan memberi peluang kepada peminat mengikuti perkembangan karier Aswad yang masih lagi berada dalam Akademi. Selain merangka aktiviti, AFC juga menjual cenderahati termasuk kemeja-T eksklusif Aswad. Bagi peminat yang ingin menjadi ahli sila layari laman web di www.aswadfrenzy.com atau hubungi Key di talian 012-4389100 atau datang sendiri di Key’s Char Koay Teow Corner, Seberang Jaya.
[tags]Mawi, Akademi Fantasia, Dekna, Aswad, Anugerah Industri Muzik[/tags]
Sumber: mStar Online
Tags: Aswad AF5, Dekna AF5, Mawi
Tags: Mawi, Aswad, Berita, Dekna, GossipClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 20th, 2007 at 9:14 pm
FTG tu bukan kumpulan trash ke?
April 20th, 2007 at 9:21 pm
Izham, a ah, rasanya grup thrash zaman-zaman awal 90 an dulu… tapi skrg tak tau la muzik depa camna… ntah2 dah tukar ke hip hop hahahha
April 20th, 2007 at 10:59 pm
wah .. sekarang turn aswad fc plak melancarkan kelabnye .. dulu heliza, pastu dafi … da jadi trend ek sekarang
April 20th, 2007 at 11:56 pm
btul tu. takphm la fc fc ni.. sensasi selebriti ade fc tak? kal ade.. phm2 aje la saye nak position ape eyh? haha
April 20th, 2007 at 11:57 pm
btul tu, takphm la i fc fc ni.. haih, urm, sensasi selebriti ade fc tak? i nak jawatn penting! =p
April 21st, 2007 at 1:24 am
he he…
pengumpulan peminat itu wajib… maka ada’nya fc fc ni…
April 21st, 2007 at 7:27 am
Faidhi, trend tak trend masa ni la depa nak kerja keras. kira macam gerak gempur la jugak tu. Kalau takde FC, mana nak cari sokongan… takde sokongan, takde undi SMS… takde undi SMS, maka takleh jadi juara.
Affanazami, sensasi selebriti takde fc lagi setakat ni… hehehe lawak je… komuniti pembaca ada la… jawatan penulis ada kosong, nak join?
Mohdismail, memang wajib. Dulu Siti Nurhalija boleh naik sebab peminat la jugek kan?
April 21st, 2007 at 7:27 am
mcm da jadik trend.. anyway, bang budiey tgk tak diari semlm? kesian dgr cte ebi.. si gegar tu plak tak abes ngan perangai budak pra matang. kasik OUT!! br syok. makin nyampah la tgk! SERIOUSLY!
April 21st, 2007 at 10:19 am
Budi pun bole tubuhkan fc
April 21st, 2007 at 12:52 pm
haha, takpela, jawatn penulis?.. hehe..=p takpela, mekaseh ye.. (hehe)
April 23rd, 2007 at 9:47 pm
mawi ni dah takde modal agaknya. populariti dah menurun, dia terpaksa buat gimik baru dengan mengambil dekna..
mawi2.. apa la nak jadi..
May 2nd, 2007 at 9:41 am
wahhhhhhhhhhh…… skarang aswad fc telah ditubuhkan……. ini supaya utk memberi smangat dan dorongan kpd aswadddddddd.
syoknyaaaaaaaaaaaaaa
November 24th, 2007 at 5:57 pm
undi aswad dlm artis lelaki pupolar k….