in , ,

Kesiannya! Tragedi Sanjaya Malakar Tersingkir dari American Idol

Akhirnya, Sanjaya Malakar telah tersingkir dari pertandingan American Idol semalam. Dan akhirnya, Sanjaya Malakar berjaya melakar sejarah… sejarah apakah itu? Anda tak tahu? Bacalah artikel di bawah…

Rasa saya, inilah berita yang menggembirakan bagi penonton yang sudah jelek dan meluat dengan Sanjaya Malakar. Sebaliknya, saya kira ramai juga peminat Sanjaya yang menangis dengan penyingkiran yang sememangnya sudah dijangkakan ini. Haha! Jom kita gelakkan orang Amerika!Saya suka melihat Sanjaya menyanyi dengan gaya yang rileks tapi sebaliknya saya tidak suka dengan vokal Sanjaya yang masih lagi lemah. Anda pula bagaimana?

Sanjaya

Pada mereka yang meminati peserta paling muda ini, mungkin mengatakan, walaupun Sanjaya Malakar tersingkir, namun dia tetap seorang pemenang dan juara program realiti nombor satu di USA itu… ya! Sanjaya tidak akan kalah! Itulah manusia ni kalau dah fanatik sangat.

Apa istimewanya Sanjaya? Saya pun tertanya-tanya dulu mengapa nama Sanjaya disebut-sebut hingga menimbulkan satu fenomena luar biasa. Kononnya, kata mereka, Sanjaya telah melakarkan satu sejarah dalam pop culture di Amerika. Lihat sahaja, kegilaannya dalam mencuba pelbagai gaya dan fesyen rambut, percakapannya yang lemah lembut dan gemalai yang ala-ala itu… Aduh! Hairan saya, mengapa ini yang digilai oleh orang Amerika? Mengapa?

Nyanyian dan aura yang ditimbulkan dari riak wajah Sanjaya yang tenang dan rileks itu betul-betul membuat ramai perempuan menangis. Ironinya, identiti dan imej bersih Sanjaya menjadi satu inspirasi dan semangat buat mereka yang putus cinta dan gagal dalam hidup.

Melihat pada persembahan Sanjaya di American Idol, saya hanya mengeleng kepala untuk menidakkan bakat Sanjaya. Dia memang ada aura, dia memang nampak cute dan comel di pentas. Tapi bisakah Sanjaya boleh berdiri setanding dengan penyanyi yang punya mutu suara yang cemerlang? Jawapan saya berikan, tidak! Sanjaya hanya penyanyi yang biasa-biasa sahaja.

Walaupun usaha untuk meletakkan Sanjaya sebagai juara votefortheworst pastinya akan menjadi satu sejarah di mana satu pakatan untuk menaikkan nama penyanyi under dog sebagai seorang juara. Cita-cita mereka yang ingin melihat peserta paling teruk tapi ‘menghiburkan’ hanya sia-sia sahaja.

Apakah pintu itu masih terbuka untuk Sanjaya berjaya di luar sana?

4 perkara yang pasti dikenang:

1. Ramai bayi baru diberi nama Sanjaya?

2. Timbulnya fesyen rambut baru yang dinamakan ‘Ponyhawk?

3. Amerika boleh jadi banjir semalam. Ramai peminat dia menangis?

3. Pitching dia lari ke laut, Jom kita gi mandi laut… (lariiiikkkk!!!)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata Pelakon Popular Fasha Sandha

Situ Sana Sini: Mawi, Dekna, AIM14 & Aswad FC