Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Filem Waris Jari Hantu



Selepas filem SUMOLAH, penonton tempatan akan dihidangkan satu lagi naskah arahan Shuhaimi Baba, Waris Jari Hantu pada 31 Mei ini. Teruja atau tidak? Saya rasa filem ini antara yang dinantikan pengemar filem mistik kerana ada keunikan yang tersendiri. Yang menarik pada saya ialah watak Rusdi Ramli agak mencabar sedikit kerana terpaksa berlakon sebagai seorang khunsa (lelaki lembut). Memang agak sukar untuk menghidupkan watak yang seorang lelaki tetapi naluri sebenarnya wanita. Saya percaya dengan pengalaman berlakon sebelum ini menjadikan lakonan Rusdi kali ini lebih mantap. Apa reaksi penonton? Sudah tentu akan menghiburkan kerana lazimnya penonton akan ketawa melihat gelagat Mat Kepit atau Mat Patah ini. Tunggu sahaja filem ini pada 31 Mei nanti!

Syarikat Penerbit :
Pesona Pictures Sdn. Bhd. & Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Penerbit :
Shuhaimi Baba

Penerbit Eksekutif :
Aida Fitri Buyong
Mohd Mahyidin Mustakim

Penerbit Bersama :
Aida Fitri Buyong
Ibrahim Elias 
Kavita Sidhu 

Pengarah: Shuhaimi Baba  
Lakon layar: Shuhaimi Baba
Cerita: Shuhaimi Baba & Halina Abdul Samad

Pelakon Utama:
Maya Karin sebagai Tina
Rusdi Ramli sebagai Ari
Azean Irdawaty sebagai Tok Wan Rimau

Pelakon Pembantu:
Nanu sebagai Kasma
Liza Othman sebagai Mak Hayati
Kavita Sidhu sebagai Ira
Zahim Albakri sebagai Joe
Riezman Khuzaimi sebagai Roslan
Rashid Salleh sebagai Ah Meng
Zaidi Omar sebagai Pak Ngah Jalal
Dang Suria sebagai Fara

Krew:
Pengarah Fotografi : Mohd Filus Bin Ghazali
Penyunting : Kamarudin Abu
Pengarah Seni : Aida Fitri Buyong
Pengarah Seni : Kamarul Nizam Bin Abdul Rahman
Pereka Bunyi : Grenville
Pereka Bunyi : Ibrahim Elias
Pengurus Produksi : Halina Abdul Samad
Pereka Produksi : Khairul Anuar Saidin
Jurusolek Artis : Dee Hasnan
Pereka Kostum : Dee Hasnan

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Misteri, Ngeri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 31 Mei 2007
Durasi : 110 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Layari laman web rasmi: http://www.warisjarihantu.com/
 
Sinopsis Filem Waris Jari Hantu:
Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran “Mat Kepit” atau “Mat Patah”. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina. Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilih Tok Wan untuk menjadi pewaris saka. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti.
 

Foto-foto dari Filem Waris Jari Hantu:

 

 

[tags]Filem, Sinopsis, Waris Jari Hantu, Shuhaimi Baba, Maya Karin, transeksualiti[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jemputan ke Gathering Sensasi Selebriti + Filem Waris Jari Hantu
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Peraduan ‘Jom Menonton Waris Jari Hantu’
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Updated: Readers ToGether Gather Ke-3
  • Pemenang T-Shirt & CD Album Soundtrack Waris Jari Hantu
  • Foto Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti ke-2
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Filem Patriotik Paling Menyentuh Perasaan 2007
  • Gambar Awie Pegang Watak Mak Nyah Dalam Apa Kata Hati



    • mazen

      budiey nak g tgk filem ni jgk ker?

    • http://x-syd.blogspot.com syd

      macam menarik filem nie..

    • http://xsyd.wordpress.com syd

      budiey..blog baru syd..;-)

    • sofiyaida

      tgk sinopsis cambest filem ni…eh nk nonton la..jgn luper kengkwn.tgk jgn xtgk..

    • http://mohdmusbachatting musba@muz

      saya ada 1 cadangan agar jika ada terbitan filem yang baru,lebih baik gabungkan pelakon baru dan pelakon dahulu seperti aziz satar,din samsudin dan ramai lagilah,sekurang2nya mereka tidak terpinggir jauh dan supaya masyarakat tahu jasa mereka pada industri perfiliman semasa negara belum lagi mendapat kemerdekaan sepenuhnya serta pengorbanan mereka.sekian terima kasih………..

    • masyura

      rugi spe x tgk cter ni.bes ar jgk.jom kte tgk rmai2 biar mggr pwgam.huhuhu.

    • JACKY

      WAH LAWANYA RUSLI MELAKONKAN WATAK SUTUN



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK