in , ,

Rusdi Ramli Kini Jadi Pengarah Cuba Arah Drama TIGA TEMPAT KOSONG

Mengetengahkan bakat pelakon Rusdi Ramli sebagai pengarah telemovie bertajuk “Tiga Tempat Kosong” yang mengangkat isu poligami di Malaysia bukannya perkara yang mudah. Namun di tangan Rusdi Ramli, isu yang sering menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam cuba digarap dengan sebaiknya.

Menemui penonton pada 24 September ini, pukul 3.00 petang di TV1, tarikan telemovie ini disumbangkan gandingan pelakon utama Ashraf Muslim dan Memey Suhaiza yang agak lama menyepikan diri dalam bidang lakonan. Pastinya kemunculan dua pelakon ini amat dinantikan peminat setia yang menyokong kerjaya mereka selama ini. Telemovie ini turut dibintangi oleh Cha Cha Maembong, Rusdi Ramli, Aida Khalida, dan Teka Zulkifli.

TIGA TEMPAT KOSONG

Dugaan Hidup Bermadu Dalam Telemovie TIGA TEMPAT KOSONG Arahan Rusdi Ramli di TV1

Ikuti perjalanan plot kisah watak lelaki bergelar ustaz selebriti, Razlan yang menjalani kehidupan yang bahagia dengan isterinya bernama Arlisa. Mereka gembira bersama apatahlagi kehidupan seharian mereka berlandaskan syariah dan berpegang kepada ajaran agama.

Namun takdir bukan di tangan mereka. Berlaku kejadian yang mereka sendiri tidak pernah menduga. Kemunculan gadis dikenali sebagai Khadijah membuatkan Arlisa seperti orang yang hilang pedomannya terhadap takdir dan ketentuan Allah.




Satu hari dia mendapat tahu suaminya, Razlan, berhasrat untuk berkahwin lagi dengan gadis itu. Situasi itu membuatkan Arlisa rasa terpukul kerana selama ini Arlisa banyak memberi nasihat pada ‘pelanggan’nya agar mengizinkan suami mereka berpoligami daripada diceraikan atau berlaku curang di belakang mereka.

Telemovie terbitan Khalida Production Sdn Bhd mengajak penonton berfikiran di luar kotak tentang maksud dan penjelasan sebenar tentang pengertian “poligami” yang sebenarnya.

TIGA TEMPAT KOSONG

TIGA TEMPAT KOSONG

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia Bantah Tayangan Filem PEKAK

Drama TERLARANG SUDAH RINDUKU Lakonan Atikah Suhaime & Amar Asyraf