in , , ,

Sinopsis Filem SUMOLAH – Afdlin Shauki’s Movie

Selepas tayangan filem Zombi Kampung Pisang, peminat seluruh Malaysia pastinya tertunggu-tunggu kedatangan filem Sumolah di pawagam. Apa tidaknya, filem ini unik dan berbeza dengan filem garapan Afdlin Shauki sebelum ini.

Filem yang dibuat di Jepun & Malaysia ini telah menelan belanja sebanyak RM3 juta. Ianya menggabungkan elemen kebudayaan Malaysia dan negara matahari terbit khususnya sukan tradisi, Sumo. Untuk memahirkan para pelakon dengan sukan Sumo, mereka diberi latihan selama 2 bulan.

Sejak tahun lepas lagi, filem ini diwar-warkan kepada peminat. Sudah tentulah, ianya menimbulkan satu hype dan rasa teruja yang tinggi di kalangan pengemar filem.

452481549 2269956539 | 4

Kalau diperhatikan, wajah Afdlin Shauki sentiasa muncul di kaca TV dengan kostum kimono di promo Kuasa SUMOLAH dengan X-pac Celcom. Tidak ketinggalan Afdlin Shauki, Awie dan pelakon lain pernah muncul berkimono dalam Festival Filem Malaysia Ke-19 dan anugerah lain.

Dengan promosi penaja utama Celcom yang giat dicanang di media cetak & elektronik, saya yakin filem Sumolah akan mendapat sambutan yang menggalakan. Saya boleh mengandaikan filem SUMOLAH antara filem yang bersaing rapat dengan filem Jangan Pandang Belakang yang dikatakan meraih kutipan RM410,000 pada hari pertama tayangannya. Pecah panggung!

Saya menjangkakan dengan penglibatan ramai pelakon antarabangsa seperti Inthira Charoenpura membuka jalan mudah untuk membawa filem Sumolah ke peringkat global.

Sumo-Lah mengisahkan tentang seorang lelaki Melayu, Ramlee (Afdlin) yang bekerja di sebuah restoran sushi di Malaysia dan dipaksa memasuki satu pertandingan sumo amatur.

Filem ini dibuat berdasarkan sebuah cerita yang ditulis oleh penulis Jepun Michihiro Kubota yang telah meminta Afdlin untuk mengadaptasikan kisah itu dalam bentuk filem.

Nantikan filem terbaru arahan Afdlin Shauki yang akan menemui anda pada 10 Mei 2007.

454007260 19C4A07734 O | 5

Penerbit
Penyelaras Penerbitan : Zone Maria Tan
Penerbit Eksekutif : Datuk Jason Lau & Afdlin Shauki

Pengarah: Afdlin Shauki
Lakon layar: Afdlin Shauki

Penulis Cerita:
Afdlin Shauki
Christina Orow
Tomoko Kubata
Michihiro Kubota 

Barisan Pelakon :
Afdlin Shauki              : Ramlee
Inthira Charoenpura : Siti
Awie                             : Haris
Patrick Teoh               : Honda
Radhi Khalid               : Andy
Gurmit Singh              : Akira
Terry Gallyot              : Hassan
Gavin Yap                    : Mickey
Sabrina Hassan           : Salmah
Mohd Afif                     : Kodok
Chichi                            : Misha
Akihiko Watanabe      : Chairman
Ben Tan                        : Tadano

Krew:
Pengarah Fotografi     : Mohd Helmi Mohd Yusof
Pengarah Seni              : Chriz Ngooi Gin Mun
Pereka Produksi         : Paul Joseph Hasham
Pembantu Pengarah   : Hairul Salleh Askor
Gaffer                           : Ahmad Reedzuan Rahmad
Key Grip                      : Hashim Othman
Penyunting                  : Faizul Mohd Noh
Penyunting                  : Afdlin Shauki
Pengubah Muzik        : Pacai & Afdlin Shauki
Pereka Bunyi               : Azman Abu Hassan

452491023 812Ace3D0E O | 6
Poster SUMOLAH movie

Premise
What would happen if a hotheaded and unambitious Malay man was forced to enter the rigourous and challenging world of sumo? Would he give up on the trials and tribulations he finds himself committed to? Or will his relationship with the father-figure he never had create a purpose for him to rise above the challenges and endeavour to do his best? 

Story Synopsis
Ramlee (Afdlin Shauki) is a down and out Malay boy who can’t seem to hold down a job, much to his Mother’s (Kartina Aziz) disappointment. Out of a job and out of money, he stumbles across a challenge by sushi restaurant owner Honda (Patrick Teoh) to “eat all you can for free food – within a time limit”.

Hungry and desperate, Ramlee attempts the challenge, and fails. In compensation, Honda lets Ramlee take a job at the restaurant to pay off his due. Ramlee becomes a member of the Boleh Sushi shop staff, along with Haris (Awie) and Andy (Radhi Khalid).

Ramlee is immediately attracted to Honda’s beautiful daughter, Siti (Inthira Charoenpura), who is half-Japanese and half-Malay. He begins to learn the meaning of having good work, good friends and family.

One day he learns that part of his obligation is to take part in the Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championships held by the local Japanese owners of sushi restaurants.

Whilst taking part in the initial friendly bout, Akira (Gurmit Singh), Siti’s ex-boyfriend, humiliates him in public. It is only after that that Ramlee finds out that he had been tricked into working for Boleh Sushi because Honda was desperate for a third member for their team.

Ramlee has to make a choice – whether to stay on and fight for Boleh Sushi in the upcoming Championships, or to give up on his new-found family.

Sinopsis berbahasa Melayu menyusul kemudian…

Pautan Berkaitan:
http://www.sumolah.com
http://nokotta.blogspot.com
http://afdlinshauki.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 29

Sekitar Pelancaran Dafi FC di Strawberry Cafe

Pierre Andre | 30

Ini Komen Pembaca & Gambar Sekitar Pra Tonton JANGAN PANDANG BELAKANG di UiTM