in ,

Gambar Selebriti di Fiesta Media Idola 2007

Corat Coret dan Gambar Selebriti di Fiesta Media Idola 2007

Seramai 30,000 penonton menyaksikan pembukaan rasmi Fiesta Media Idola 2007. Kira-kira 700 artis, ahli sukan dan personaliti media dengan 10 kontinjen menyertai fiesta tahunan kali ini. Kontijen BH-NST selepas perarakan di Stadium Darul Makmur, Pahang. Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti antara nama besari yang menghiburkan lebih 30,000 penonton selama 5 jam di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Persembahan artis diiringi oleh Orkestra Twilight pimpinan Addie M S dari Indonesia. Cabutan bertuah, sebuah kereta Gen2 dihadiahkan kepada penonton. Pada malam itu, Kuantan bergema dengan letupan bunga api selama lebih 10 minit. Percikan bunga api dan kerlipan warna menghiasi ruang udara stadium membuatkan penonton terpegun.

Orkestra Twilight mempersembahkan lagu seperti ‘Heart’, ‘Dealova’ dan ‘Kenangan Terindah’. Siti Nurhaliza berpakaian serba hitam & Krisdayanti bergaun serba putih berduet lagu Mencintaimu.

Antara gambar dan foto menarik sepanjang Fiesta Media Idola:

Dari kiri Farid Kamil (depan), Pieree Andre, Hans Issac, Rita Rudiani, Liyana Jasmy dan Farahwahida mewakili Kontijen BH-NST di Stadium Darul Makmur sempena FMI 07. Kredit gambar Zaharin Hayon.

Kuantan-13 April 2007- Sultan Ahmad Shah bersama Mawi semasa merasmikan Fiesta Media Idola di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kredit gambar: Ghazali Basri dan Pemberita: Ridhuan.

Kuantan Pahang 14/4/2007 – Datuk Khalid mewakili Shazan Muda  di Kuantan Megalanes Berjaya Megamall sempena FMI 07. Kredit gambar:  Zaharin Hayon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem WARIS JARI HANTU Lakonan Maya Karin & Rusdi Ramli

Corat Coret & Gambar Selebriti Sekitar di Post Party Anugerah Industri Muzik 14