in , ,

Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14

Selesai sahaja majlis AIM14, Budiey dan semua selebriti & geng media turun tingkat bawah PWTC. Ada post party la pulak, katanya kat situ. Party apa? Party makan-makanlah. Party makan sambil bergosip. Party makan sambil tayang baju. :)

Perut masih kenyang lagi masa tu. Bertambah-tambah kenyang jadinya sebab dapat jumpa selebriti dan penyanyi terutama Siti Nurhaliza dengan lebih dekat lagi. Jadi, ada alasan nak dietlah ni konon. Makan sikit buah saje, lepas tu mundar mandir di post party yang dipenuhi dengan lautan manusia. Kira padat la jugak. Tambah dengan media semua cari bahan beritanya, dengan selebriti yang tak habis kena serbu juru foto, dengan kaum kerabat artis yang sembang-sembang…. kira happening jugaklah post party.

Jadi, sebab Budiey ni kononnya peminat Siti Nurhaliza, jadi tak sah kalau tak letak gambar kat blog ni. Tengoklah gambar mana yang ada. Kalau ada kabur sikit tu, mintak maaf banyak la ya. Pereka baju Siti kali ini direka oleh Rizman Ruzaini. Pertama kali saya kira Siti Nurhaliza memakai baju rekaan pereka muda. Mmm… not bad!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 14

Sinopsis Filem Waris Jari Hantu