Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sidi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7

Malam tadi telah berlangsung Konsert Akademi Fantasia yang menyaksikan penyingkiran Sidi yang mendapat undian paling rendah. Ingat ke ada 3 orang yang terkeluar sebab ada banyak beg yang diusung. Apa-apa pun, pastinya malam ini, Sidi dapat melepaskan kerinduan terhadap isteri tercinta dan familinya.

Sidi malam tadi telah bawa lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2 namun ternyata gagal memikat hati penonton. Kurang feel kot.

Hafiz seperti biasa menerima kritikan positif dari pengkritik. Dan mengejutkan, malam ini adalah malam yang bertuah kepada Aril kerana kolaborasinya bersama Marsha memang menjadi.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya memberi peluang setiap pelajar berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) Jangan Tak Lihat

Acara yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menyaksikan pelajar wanita iaitu duet Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku/ Jacyln Victor & Vince), Aishah & Aiff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu/ Gita Gutawa & Dafi), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku/ Dato’ Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Manakala persembahan pelajar lelaki adalah Yazid & Yazer (Terharu/ Jamal Abdillah & Mawi), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu/ Ari Lasso & Bunga Citra Lestari), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta/Yusry & Melly Goeslow), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta / Rossa & Pasha Ungu) dan Akim & Farah (Jika Kau Tiada/Erra Fazira & Yusry).

Sementara itu, selain persembahan individu, setiap pelajar turut bergabung tenaga dengan persembahan pembukaan yang mendendangkan lagu Lucky nyanyian asal Jason Mraz dan Colbie Caillat.

Dengan penyingkiran Sidi bermakna tinggal lapan lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Edrie Hashim dan Dato’ Khatijah Ibrahim. Adlin Aman Ramlie yang terbabit sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pula digantikan dengan handalan, Adibah Noor.

Konsert malam tadi juga menampilkan transformasi baru apabila pentas ditambahi bebola seperti molekul di atas pentas. Pun begitu, cara penyampaian pula kembali seperti AF terdahulu apabila tiada lagi montaj pelajar tetapi AC Mizal bertindak bermesra dengan pelajar terlebih dahulu.

Di samping itu, tarian dan nyanyian lagu Menuju Puncak kembali dinyanyikan pada akhir konsert.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile SIDI Akademi Fantasia 7
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Rubisa dan Zizi Tersingkir dari Akademi Fantasia 7
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Penyanyi Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7



  • 2 Komen untuk entri “Sidi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7”

    1. Ntahla.... kata:

      ..X pelah Sidi…dah xde rezeki…nak wat camne…mngkn ade hikmahnye…blhla bersama dgn isteri semula…

    2. aiza syazwen kata:

      x pela dh xde rezeki … sye hrp jgn pts asa yer cd………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      i wish you good luck..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!