Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Showcase Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor

Planet Hollywood Proudly Presents Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor pada 2 September 2007 (Ahad), 10.00 malam.

Artis berbakat besar Malaysia, Jaclyn Victor akan kembali mengadakan persembahan di pentas utama Planet Hollywood pada 2 September 2007 ini pada pukul 10.00 malam. Showcase istimewa yang diberi nama “Malam Gemilang” ini diadakan bersempena dengan perlancaran album re-packaged terbaru beliau (edisi terhad) yang berjudul ‘Inilah Jac’ pada 14 Ogos baru-baru ini. Jaclyn Victor menjanjikan hanya yang terbaik buat peminat-peminatnya yang ada di luar sana. 

Jaclyn Victor atau lebih dikenali dengan panggilan manja Jac di kalangan para peminatnya mula di kenali ramai selepas menjuarai rancangan hiburan berbentuk realiti TV; Malaysian Idol pada tahun 2004. Suara Jac yang cukup tinggi dan merdu sekali berjaya memukau pihak juri dan para penonton, seterusnya menobatkan beliau Juara Malaysian Idol yang pertama! Menamakan Aretha Franklin dan Whitney Houston di antara penghibur idola beliau dan penyanyi R & B seperti Karyn White dan Natalie Cole pula sebagai sumber inspirasi beliau, Jac sesungguhnya seorang penghibur yang digemari ramai dan suara tinggi ala-ala gospel milik beliau membuatkan dirinya begitu istimewa sekali dalam industri hiburan tanah air kita. Ia terbukti apabila single pertama beliau berjudul ‘Gemilang’, yang juga merupakan lagu kemenangan beliau di pusingan akhir Malaysian Idol berjaya mendapat sambutan yang cukup luar biasa sekali, seterusnya melayakkan beliau memecah tradisi pendatang baru di arena muzik tanah air ini. Album pertama beliau mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sehingga melayakkan Jac menerima Anugerah Emas hanya selepas beberapa minggu ia berada di pasaran. Sebagai pendatang baru, ini adalah sesuatu yang cukup dibanggakan! 

Bermula dari tahun 2005 sehinggalah ke hari ini, Jac melihatkan kejayaan berterusan apabila beliau berjaya merangkul begitu banyak anugerah. Ini termasuklah muncul sebagai juara berganda dalam pertandingan akhir carta lagu popular Hits 1 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di mana lagu Gemilang yang di pertaruhkan pada malam itu berjaya memenangi Anugerah Lagu Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik. Sebelum itu, beliau mengharumkan nama Malaysia apabila bejaya menggondol Anugerah Emas di pertandingan Festival Muzik Asia yang berlangsung di Shanghai, China, Jac juga menjulang kemenangan besar apabila lagu Gemilang dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-20 dan terbaru sekali beliau di nobatkan sebagai Juara Ikon Malaysia (kategori solo) yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini.

Para peminat artis sensasi ini yang ada di luar sana di jemput untuk hadir menyaksikan persembahan live beliau di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir beliau beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah di bawah siri Sunday Nite Live pada tahun lepas (2006) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Kali ini Jac kembali membuat persembahan untuk anda semua dan beliau akan diiringi oleh barisan pemuzik handalan tanah air.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Jac ini, yang sudah pasti mampu memukau malam minggu anda. Showcase eksklusif yang akan berlangsung pada 2 September ini, pada pukul 10.oo malam bakal menyaksikan kehebatan sebenar Jac membuat persembahan secara live tanpa henti selama 45 minit.

Bayaran Masuk untuk menyaksikan showcase eksklusif ‘Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor’ ialah RM 40 (termasuk satu minuman percuma). 

Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

Klik official website Jaclyn Victor fan club di sini

gambar jaclyn victor

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

gambar jaclyn victor

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Biodata & Profile Jaclyn Victor
  • Gambar Peminat Jaclyn Victor di AIM14
  • Filem Estet Kisah Kaum India DiHaramkan?
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Vina Morales Juara Ikon Asean Kalahkan Jaclyn Victor & Judika
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Jaclyn Victor & OAG Juara Ikon Malaysia Pertama
  • Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG, Flop Poppy ke Final Ikon Malaysia
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Sekitar Showcase Eksklusif Jaclyn Victor di Planet Hollywood



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET