in , ,

Ulasan Video Klip Lagu Tak Bisa Memilihmu 6ixth Sense

Dalam banyak-banyak lagu yang kita dengar, pasti ada yang kita suka dan ada juga sekali kita dengar, kita akan berkata, “Oh! Lagu ini memang lagu aku!” Bermakna lagu itu memang ada kena mengena dengan keadaan hidup kita.

Mungkin pengalaman yang pernah kita lalui itu dirangkumkan dalam lagu itu. Bagi Budiey, lagu Tak Bisa Memilihmu kini sudah menjadi porte dan ia seakan sebati dengan apa yang sedang saya alami.

Kisah tidak lain, selain dari kehadiran insan ketiga dalam hidup kita, akan tentu memusnahkan cinta pertama. Saya telah menonton video klip lagu terbaru 6ixth Sense ini dan pada pendapat saya, video klip ini memang ada keistimewaannya tersendiri.

Untuk anda, ini dia video klip terbaru dari Sixth Sense… layannn…

Lagu Tak Bisa Memilihmu merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang perasaan seorang insan yang terjebak dalam kancah cinta tiga segi. Sudah menjadi lumrah cinta, apabila berjauhan dan berpisah dengan kekasih hati, pastinya akan hadir insan ketiga yahg meruntuhkan kesetiaan.

Ketelanjuran mencintai insan ketiga ini membuatkan insan ini tidak mampu untuk memilih yang mana satu pilihan hatinya. Lagu ini bukan sekadar mengucapkan kata-kata kemaafan kerana mempersiakan cinta, malah mahu memberikan jawapan bahawa dia sudah jatuh cinta dan ingin bersama dengan kekasih barunya.

Lirik lagu ini penuh dengan jiwa yang mewarnai setiap melodi dan bait lirik yang dilontarkan dengan begitu berkesan.

Elemen muzik tambahan dengan iringan orkestra bukan sekadar menambah rencah malah membuka perspektif yang berbeza kepada ritma dan rentak yang sudah terlalu mesra di telinga kita.

Kesempurnaan pada sebuah persembahan vokal yang progresif dan penuh penghayatan dari Adi ini sudah tentu bakal meruntun hati peminat.

Video klip untuk lagu Tak Bisa Memilihmu telah menjalani pengambaran di studio Bluerobot Films. Di bawah arahan pengarah video berkaliber iaitu saudara Khairul Azry, video klip ini mengundang dua orang model wanita iaitu As dan Zizie bagi membawa watak kekasih.

Penggunakan latar putih dan diserikan lagi dengan lakonan-lakonan yang santai dan cemerlang menambahkan lagi aura lagu ini.

Sorotan kamera yang berlari dengan selari menyuntik keserasian jiwa pada lagu ini dan seterusnya membangkitkan dimensi baru dalam pembikinan video klip di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor di Planet Hollywood

Keris Patih Showcase di The Funtheque The Ship Bukit Bintang