in , ,

Yang Kecoh! Artis Bollywood Sanjay Dutt Dibebaskan Dari Penjara

Sebagaimana yang kita dengar dalam Buletin Utama tadi, Sunjay Dutt telah dibebaskan dari hukuman penjara dengan ikat jamin?

Katanya, Mahkamah Agung India telah membenarkan pembebasan sementara daripada hukuman penjara 6 tahun kerana membeli raifal AK-56 dan sepucuk pistol dari gangster yang dikaitkan dengan serangan bom di Mumbai pada 1993 yang menyebabkan 257 orang terbunuh.

Apa yang dah berlaku masa Sunjay Dutt dalam penjara? Masa dalam penjara, katanya Sunjay Dutt dilayan seperti banduan biasa juga. Sunjay Dutt kena pilih kerja dan dia telah memilih menjadi tukang kayu.

Sebelum ini pun, Sanjay Dutt pernah menghabiskan masa di penjara selama 16 bulan ketika siasatan awal perhubungan serangan bom di Mumbai dan dia dilaporkan terpaksa berdepan dengan realiti hidup di penjara yang tidak selesa.

Gambar Sunjay Dutt

Dia juga terpaksa berkongsi bilik kurungan yang tidak mempunyai kipas dan tandas. Akhbar-akhbar di India juga melaporkan pelakon itu tidak selesa memakai baju seragam berbelang dan bertopi putih.

Kemudian, ada berita yang Budiey dengar Sunjay Dutt jatuh sakit dalam penjara. Saje dia cari alasan untuk minta dibebaskan sementara untuk menjalani rawatan. Tahu sangat tektik artis bila masuk penjara. Sama macam Paris Hilton jugak.

Semalam, lebih 100 peminat fanatik aktor kontroversi Bollywood Sanjay Dutt menanti dengan setia di luar penjara di bandar barat India di sini, untuk menanti pembebasannya selepas dibenarkan ikat jamin. Ramai remaja yang menunggu di luar Penjara Yerwada Pune ponteng sekolah dengan harapan melihat sekali imbas bintang Bollywood itu.

Sanjay Dutt merupakan antara pelakon Bollywood yang menerima bayaran paling tinggi – dianggarkan AS$500,000 (RM1.75 juta) bagi sebuah filem. [Sumber: Utusan Malaysia]

Tahniah buat Sanjay Dutt kerana dah bebas… lepas ni bolehlah berlakon lagi ya. Yela, sekali berlakon dah jadi jutawan, pas tu boleh beli pistol kasi kat pengganas. Ops!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Hamil | 18

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Datuk Khalid Shopping Sakan

Jaclyn Victor | 19

Showcase Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor di Planet Hollywood