in ,

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

JINBARA KOLABORASI MENTAL DAN SHOWCASE JULAI INI

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun ‘ringbacktones’ tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk “Biru Mata HitamKu” dan “Hilang”. Lagu “Biru Mata HitamKu” adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu “Hilang” dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk “Oh Mama Saya Mahu Kahwin”. Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk “Chinta”, hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit “Kasihnya Laila”. Lagu “Chinta” pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk “Milik Siapakah Gadis Ini”.

Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan ‘menyuntik’ unsur ‘rock’, lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.

Sejak dirilis Mac lalu, lagu “Milik Siapakah Gadis Ini” mula mendaki carta radio. Setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari oleh peminat muzik tanah air!

MILIK SIAPAKAH GADIS INI
Senilagu : M. Nasir
Senikata : Siso
Hakcipta Senilagu & Senikata : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam…

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:

1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
4. Hilang (Jinbara)
5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Jinbara dan Fiq baru sahaja menjalani sesi penggambaran video muzik “Milik Siapakah Gadis Ini” pada Ahad, 17hb Jun 2012 yang lalu. Sesi pengambaran yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini melibatkan dua lokasi, iaitu bertempat di Dot-Life Studio, Wangsa Walk dan di perkarangan Wangsa Walk. Pengambaran ini bermula dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 7 malam.

Pembikinan video muzik ini adalah di bawah arahan Khairul Hazwan, oleh produksi Rotikaya Entertainment. Pakaian yang digunakan sepanjang sesi pengambaran ini pula adalah tajaan Kos Serani Design & Collections.

SHOWCASE JINBARA

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara ini juga, sebuah ‘showcase’ akan diadakan pada tanggal 6hb Julai 2012 ini. Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL, juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan. Selain itu, khas buat para peminat JINBARA, “Milik Siapakah Gadis Ini” akan ditayangkan secara ekslusif pada ‘showcase’ ini nanti!!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Siapa Pemenang Konsert Akhir Kilauan Emas Musim 2