in ,

JINBARA Rakam Semula Lagu Nostalgia dalam KOLABORASI MENTAL

Selepas food rebiu di Hotel Sunway Putra (dulunya The Legend), Budiey bergegas pula ke Hotel Sheraton Imperial untuk menghadiri Pelancaran Album Terbaru Jinbara berjudul KOLABORASI MENTAL.

Album terbaru edaran Warner Music Malaysia, ini menampilkan kolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih diminati sehingga kini.

Jinbara Album Cover

Budiey rasa semua peminat JINBARA patut memiliki album ini sebab ada 5 buah lagu yang disegarkan dengan muzik rock oleh Jinbara. Antara lagu-lagu yang dimuatkan adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk Biru Mata Hitamku dan Hilang. Lagu Biru Mata Hitamku adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu Hilang dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk Oh Mama Saya Mahu Kahwin. Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis JINBARA bersama artis baru yang dikenali dengan lagu Pulanglah, Awi Rafael.

Kolaborasi Mental turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk Chinta, hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit Kasihnya Laila. Lagu Chinta pula adalah hasil kolaborasi JINBARA bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi yang dulunya pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke-3.

Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arsyad juga diperdengarkan semula dalam album ini dengan irama yang lebih fresh. Lagu ini menggunakan vokal Tia dan Fiq di mana bagi Budiey vokal mereka memang serasi dan masuk dengan irama yang lebih segar. Unsur rock memang gempak dan tak akan ditenggalam zaman dan bukannya untuk merosakkan irama asal lagu nostalgia ini.

Untuk peminat Jinbara, pastikan anda membeli album ini dengan harga RM21.90 di pasaran.

Terbaru, Jinbara dan Fiq baru sahaja menjalani sesi pengambaran video muzik Milik Siapakah Gadis Ini .

Sempena dengan pelancaran album ini, Jinbara akan mengadakan persembahan di Showcase Jinbara pada 6 Jun 2012 pada jam 8malam di Club Sixty3, Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Resepi Air Tangan Chef Liza di TV3

Viewing Party Perlawanan Akhir EURO 2012