in ,

Shila Amzah & Haris Idraki Selamat Dinikahkan

Selamat pengantin baru buat penyanyi Shila Amzah yang telah selamat diijab kabul bersama pasangannya, Haris Idraki pada 19 April semalam. Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di kediaman keluarganya selepas waktu solat Asar.

Dengan sekali lafaz, Shila telah sah menjadi isteri kepada Haris.

Shila Amzah Nikah

Majlis ijab kabul juga turut dihadiri oleh teman-teman artis bagi memberi sokongan dan meraikan hari bahagia ini.

Dalam pada itu, majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada hari Ahad ini, bersamaan 22 April 2018 di Marriot Hotels, Putrajaya.

Syarikat pengurusan acara profesional ANH Events telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaras keseluruhan majlis sehingga selesai.

ANH Events juga merupakan penyelaras rasmi media untuk majlis perkahwinan ini.

Busana indah yang dipakai juga mempunyai tema khas yang telah diilhamkan sendiri oleh Shila. Dekorasi yang bertemakan “Pure Forest Garden featuring Bohemian Wood” diangkat untuk majlis ijab kabul.

Shila Amzah Nikah

Shila Amzah Nikah

Shila Amzah Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran 4FINGERS Berkolaborasi Bersama God of War

Muzik Video HARAM – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Trending di Youtube