Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
CHENNAI: Filem Sepet, Kala malam Bulan Mengambang dan Cinta akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Chennai (CIFF) Keenam dari 17 hingga 26 Disember ini.
Setiausaha Agung CIFF, E. Thangaraj berkata, pihaknya yang memilih filemfilem berdasarkan kualiti untuk ditayangkan pada festival itu mendapati selain berkualiti, ketiga-tiga filem dari Malaysia itu cukup menghiburkan. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, ini merupakan kali pertama filem dari Malaysia ditayangkan dalam festival ini, bersama dengan 100 filem dari 30 negara di seluruh dunia.
Sepet, filem arahan Yasmin Ahmad yang diterbitkan pada 2004 berkisar kepada kisah percintaan seorang pelajar Melayu dengan penjual VCD dari kaum Cina, manakala filem Kala Malam Bulan Mengambang yang memenangi anugerah filem terbaik Malaysia tahun ini diarahkan oleh Mamat Khalid, dan filem Cinta pula diarahkan oleh Kabir Bhatia.
Selain itu filem-filem terkenal seperti The Song of the Sparrow dari Iran serta Filem Turki Three Monkeys yang memenangi beberapa anugerah pada Festival Filem Cannes baru-baru ini turut mewarnai festival tersebut tahun ini. Acara tahunan anjuran Indo Cine Appreciation Foundation itu disokong oleh kerajaan Tamil Nadu yang memperuntukkan RM250,000 bagi mempromosi acara tersebut. BERNAMA
Tags: BeritaBaca artikel lain yang berkaitan:








December 13th, 2008 at 11:52 pm
notice that they are STILL using this old film
that shows the quality of malay film in the past few years. NOT VERY GOOD. i really like kalau bulan.. at least that one is RECENT
oh well
December 14th, 2008 at 12:18 am
filem sepet n kala mlm bulan ngambg i suke lar…tapi filem cinta kurg sket kot…maybe cos its almost like filem indonesia= LOVE
December 14th, 2008 at 9:24 am
Suka sngat menonton filem sepet..best..mmg patut pun sepet ke chennai.. cuma yg dua filem tu kureng sket..tp ok la..
December 14th, 2008 at 3:01 pm
tahniah ‘Sepet’…
December 16th, 2008 at 3:23 am
Congrat$$$$$$$$$$…