in

Life Can’t Wait Terbitan Red Commnications

Perhatian kepada semua wanita! Adakah anda yang memerlukan tip-tip kecantikan? Adakah anda sering mengalami krisis fesyen? Adakah anda bosan dengan gaya sama yang anda telah menggunakan selama bertahun-tahun?

Jangan bimbang kerana kami di 8TV mempunyai penyelesaian yang tepat untuk anda! Oktober ini, kesemua penonton wanita akan diberi pelbagai jenis tip-tip kecantikan dan juga fesyen melalui Life Can’t Wait, siri realiti televisyen yang akan disiarkan di kaca televisyen anda bermula 19 Oktober 2008 jam 10.30malam!
Ditaja oleh Sunsilk dan diterbitkan oleh Red Commnications, Life Can’t Wait merupakan siri realiti televisyen yang dibawa khas melalui peraduan Life Can’t Wait di laman web Sunsilk Gang of Girls (GOG).

Peraduan online tersebut memerlukan peserta-peserta untuk berkongsi detik-detik perubahan dalam kehidupan mereka yang paling menarik dengan melukis atau muat naik sekeping foto yang menggambarkan detik-detik penting tersebut dan berkongsi pengalaman tersebut dengan manusia di serata dunia. Dari jumlah ramai peserta-peserta, lapan wanita/pemenang telah dipilih untuk ditampilkan dalam 8 siri episodik ini.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Satu lagi program menarik terutama sekali untuk penonton wanita kami. Life Can’t Wait bukan sahaja menampilkan cerita luar biasa detik-detik perubahan kehidupan lapan wanita tetapi pada masa yang sama memberi penonton-penonton dengan tip-tip kacantikan dan fesyen,”

 “Jadi, jika anda sering memikirkan gaya rambut yang mana sesuai dengan diri anda dan juga apakah yang perlu anda buat dengan skirt musim lepas itu, tontonilah Life Can’t Wait dan pelajari beberapa tip-tip kecantikan dan fesyen,” ujar Kim.

Pada setiap episod, seorang pemenang akan menjadi topik bagi episod tersebut. Episod tersebut pula akan menceritakan gaya hidup pemenang tersebut dan sedikit sebanyak tentang pemakaiannya.

Beliau akan pula dibawa ke set Life Can’t Wait di mana beliau akan melalui sebuah makeover dari gaya rambut ke cara pemakaian oleh seorang jurugaya. Sambil beliau melalui makeover tersebut, beliau akan juga berkongsi dengan para penonton cerita detik-detik perubahan kehidupannya yang telah memenangi peraduan Life Can’t Wait.

Selepas akhirnya makeover tersebut, beliau pula akan diberi peluang untuk berjumpa dengan selebriti atau personaliti yang mereka kagumi dan minat. Selebriti atau personaliti tersebut pula akan berkongsi serba sedikit tentang detik-detik perubahan kehidupannya kepada pemenang tersebut.

Bagi penonton pula, mereka juga akan diberi tip-tip gaya rambut pada setiap minggu oleh guru gaya rambut terkenal Andrew Barton. Barton juga akan membuat demonstrasi cara-cara cepat dan mudah untuk mempunyai gaya rambut yang menarik. Untuk mengetahui lebih lagi tip-tip kecantikan, jangan lupa untuk tontoni Life Can’t Wait di 8TV bermula 19 Oktober 2008 jam 10.30malam!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai

Gambar Kekasih Gewe Boyfriend Pelakon Lisa Surihani