in

Senarai Program Khas Aidilfitri INIKAN RAYA di RTM

Sidang Media Program Khas Aidilfitri #InikanRaya telah berlangsung minggu lalu. Menampilkan banyak sekali program raya untuk penonton setia. Radio Televisyen Malaysia (RTM), khususnya TV1, TV2 dan TVi juga 33 saluran radio RTM terus menjanjikan variasi rancangan terbaik sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H.

Bertemakan #InikanRaya, RTM menyediakan susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti filem, drama, majalah dan muzikal untuk tontonan semua. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

TV1 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan menyiarkan program berbentuk keagamaan dan nilai-nilai murni yang diyakini dapat menarik minat penonton.

Antara program menarik yang akan menghiburkan penonton setia TV1 sepanjang Aidilfitri ini termasuklah dua filem; ‘Stailista Cinta’ dan ‘Chantek’, telemovie; ‘Menantu Saat Adik Supiat’, ‘Sejadah Mekah Untuk Mak’, ‘Anneyeong Aidilfitri’, ‘Projek Bakar Lemak’, ‘Tipah Samperit’, ‘Hati Yang Musafir’ dan ‘Raikan Mak Bedah’ selain drama bersiri; ‘Dan Hati Pun Berkata’.

Diikuti program hiburan ‘Lebih Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza’, ‘#Ketupat Rendang Boom’, ‘Seindah Syawal’, ‘Raya ke…Bang’, ‘Diva Khas Raya’ dan ‘Al-Kisah Balik Kampung’. Program majalah dan dokumentari; ‘Jom Balik Raya’, ‘Doku Duha’, ‘Ketuk-Ketuk Syawal 2015’, ‘Biography Siti Nurhaliza’, ‘Galeri Nasional Raya’, ‘Nur Lebaran’, ‘Kembara Ukhuwah Syria’ dan ‘Hanya Padamu’. Turut dijanjikan candawara; ‘Imam Kacak Pak We Kami’, ‘Ahai Riangnya Raya’, ‘Dam Dim Dum’, ‘Itu Ini Raya’, ‘Kami Pun Nak Raya’, bicarawara; ‘Apa Kata Wanita Khas Raya’ dan program ‘Panorama : Warna-Warni Aidilfitri’.

Keceriaan Aidilfitri di TV2 pula diraikan dengan tayangan filem ‘Bikers Kental’, ‘KL Gangster’, ‘Evolusi KL Drift 2’, ‘Magika’, ‘Sky Fall’, ‘Unnale Unnale’, ‘The Hobbit : Unexpected Journey’, ‘Mann’, ‘Wushu’, ‘Avatar’ dan ‘Casino Royale’.

TV2 turut menayangkan telemovie seperti ‘Untung Atas Angin’, ‘Jodoh Di Pagi Raya’, ‘Mat Despatch Raya Sakan’, ‘6 Jam Syawal’, ‘Rembau Ada Wifi’, ‘Kelap Kelip’, ‘Bibah Bling-Bling’, ‘Rekah’ dan ‘Seligar’ selain muzikal ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert – ‘Where The Heart Is’, drama kanak-kanak; ‘Fazil Nak Raya’ dan ‘Jelajah Rasa Pegro’.

Menariknya lagi, TVi turut memberikan pilihan kepada penonton menyaksikan program-program mengikut citarasa mereka sendiri. Telemovie bertajuk ‘Kelap – Kelip’ mendahului siaran diikuti ‘Temukan Aku Pada Ramadan’, ‘Bila Cinta Berbunga’, ‘Kembar Syawal’, ‘Janji Qasidah’, ‘Kemaafan Terindah’, ‘6 Jam Syawal’, ‘Kerana Lemang’ dan ‘Apabila Aidil Jumpa Fitri’.

Saksikan juga tayangan program majalah ‘Ikan Di Laut Asam Di Darat’ dan ‘Ketuk-Ketuk Syawal’, muzikal ‘Riang Ria Aidilfitri’, ‘Raya Ke…Bang’ dan ‘Salam Perwira’, drama muzikal ‘Al Kisah Balik Kampung’ juga drama bersiri ‘Jangan Lafazkan Janji’.

Tidak ketinggalan saluran radio menerusi Radio Klasik, NASIONALfm, KLfm, TRAXXfm, MINNALfm, ASYIKfm, Aifm, dan Galaksi Muzik, juga bakal mengudarakan program-program menarik khusus buat peminat setia mereka sepanjang musim perayaan ini.

NASIONALfm menyediakan rancangan ‘Ekspresi Ria Raya’, ‘Mutiara Kasih’ dan Raudhah Khas Aidilfitri bertajuk “Ada Duit Ada Raya”.

Menerusi Radio Klasik pula berhibur dengan program ‘Dendang Rakyat Aidilfitri’, ‘Jenakaria Aidilfitri’ dan ‘Salam Lebaran Dari Perantauan’.

Saluran KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan menampilkan program ‘Meriahnya Syawal’, ‘Riuh Raya KLFM 2015’ dan ‘Syoknya Raya’.

Sambutan Aidilfitri dikongsi dengan rasa muhibah dan meriah stesen berbahasa Inggeris TRAXXfm yang menghiburkan pendengar dengan siaran secara langsung ‘Titian Senada RTM/RTB’ antara TRAXXfm dengan Pilihanfm RTB berlangsung pada malam raya Aidilfitri. Diikuti dua program temubual iaitu ‘Health Tips during Syawal’ dan ‘Syawal Special Cuisine’ (kerjasama dengan Hotel Marriot Putrajaya) juga aktiviti radio di lokasi, TRAXXfm meraikan Syawal bersama-sama Anak Yatim.

Saluran radio ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program ‘Menjelang Syawal’, drama khas ‘Sesuci Lebaran’, program catatan perjalanan dalam ‘Air Mata di Baitullah’ dan ‘Madinah Al-Munawarah’. Berhibur juga dengan program ‘Karok Raya’ dan ‘Riuh-Riuh Raya’.

Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm menyiarkan program ‘Marhaban Ya Syawal’, drama khas dan ‘Sajak Raya’ menampilkan penyair terkemuka mempersembahkan sajak mengenai keindahan dan kecantikan Islam. Diikuti kemudiannya AIfm saluran radio Mandarin untuk pendengarnya dengan drama khas, sketsa ‘Kasih Sayang di 893’, Ai Aksi dan Ai Ceria.

Siaran radio dalam talian menerusi Galaksi Muzik http://galaksimuzik.rtm.gov.my turut menyediakan program khas seperti ‘Rock Raya’, ‘Melodi Raya Terbaik’, ‘Hello Hello Raya’, ‘Layar Raya’ dan ‘Akustik Raya’. Siaran ini juga boleh diikuti menerusi Aplikasi RTM Mobile & Aplikasi Galaksi Muzik (Android sahaja).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brian Chen Kini Jadi Penyampai Suria FM

1 Syawal Berhibur Dengan LEBIH INDAH BERSAMA DATO’ SITI NURHALIZA