in , ,

Brian Chen Kini Jadi Penyampai Suria FM

Suria FM ingin memperkenalkan seorang lagi selebriti yang bakal menyertai keluarga Suria FM. Wajahnya sering kelihatan di saluran televisyen tanahair serta antarabangsa seperti Food Network dan kemahiran memasaknya tidak perlu diragui lagi.

Dia adalah Brian Chen, atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Brian, seorang chef selebriti, pengacara TV dan kini bergelar penyampai radio Suria FM. Brian Chen akan mengendalikan segmen Ceria Suria, setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari bermula 13 Julai 2015.

Brian Chen pernah menjalankan tugas pertamanya sebagai penyampai radio selama seminggu di segmen Ceria Pagi bersama dengan Bob Ringgo bagi menggantikan Adibah Noor dan Baki Zainal yang ketika itu sedang bercuti. Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Brian datang pada kami disaat kami tidak mencari penyampai radio namun bakat yang ada padanya membuka mata kami. Brian adalah seorang akauntan bertauliah, chef dan juga pengacara TV. Jadi pada kami, dia ada pakej yang lengkap. Ditambah pula dengan keramahan dan kepetahannya berkata-kata, kami yakin Brian sesuai dengan Suria FM”.

Bagi Brian Chen pula, “Saya sememangnya seorang yang sukakan cabaran baru jadi apabila diberi peluang menyertai bidang radio, saya cukup teruja dan bersyukur. Seperti mana yang anda lihat saya di TV, saya akan bawa personaliti yang ceria ini di radio. Mengendalikan segmen Ceria Suria bermula jam 10 pagi, sudah pasti saya akan menghiburkan pendengar dan memggabungkan elemen kesihatan, masakan, kekeluargaan, 1 Malaysia dan santai dalam segmen ini. Saya mahu membawa sesuatu yang baru kepada pendengar Suria FM kerana setakat ini, belum ada chef berkelayakan yang menjadi penyampai radio. Saya berharap dapat menambah nilai kepada Suria FM dan sekaligus melonjakkan jumlah pendengarnya”.

Pendengar juga berinteraksi bersama dengan Brian di dalam segmen Ceria Suria bermula 13 Julai 2015 dengan menghubungi talian 03-72242115 ataupun tweet Brian di @AbangBrian. Untuk pelbagai maklumat menarik, layari www.suriafm.com.my dan juga www.facebook.com/SuriaFMMalaysia.

Brian Chen Kini Jadi Penyampai Suria FM

Brian Chen Kini Jadi Penyampai Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik SOBER BIG BANG Trending di Youtube Malaysia

Senarai Program Khas Aidilfitri INIKAN RAYA di RTM