Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis



SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam; Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telah ditemui.

Senarai Peserta Program TV – Imam Muda

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata:“Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran ini.

“Sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor). Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai.”

Di sinilah lahirnya tanggungjawab kami untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang dapat diselaraskan bagi penerimaan calon semuda 19 tahun hingga 27 tahun.

“Kami di Astro berasa amat teruja kerana dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi seorang Imam Muda yang terunggul dan dapat melahirkan generasi baru sebagai pelapis-pelapis bagi tokoh- Timba ilmu agama menerusi program realiti tokoh agama kelak,” sambungnya.

Yang Berbahagia Uztaz Dzulkarnain Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program pencarian ini.

Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung. Pengalaman beliau yang pernah mewakili negara bagi Pertandingan Tahfiz dan Tarranum di peringkat antarabangsa pastinya dapat memberi manfaat kepada calon-calon Imam Muda dan penonton-penonton secara amnya.

“Kesudian Uztaz Zul untuk menjadi pengacara bagi program ini adalah amat dihargai kerana kami percaya pengalaman beliau sebagai pengacara bagi program interaktif pembelajaran Al-Quran di Astro Oasis; Kalam Suci dapat diaplikasikan ke dalam program Imam Muda di samping ilmu agama yang dimiliki beliau,” tambah Izelan lagi.

Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, pukul 6.30 petang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang
sesi uji bakat.

Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih mengikuti kelas dan aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.55 petang mulai 26 Mei.

Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam mulai 28 Mei sebanyak sembilan episod.

Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.

Calon-calon dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.

Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Astro Oasis Umum Senarai Peserta Imam Muda Musim 3
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Senarai 10 Peserta Imam Muda Musim Ke-3
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Album Imam Muda Memecah Tradisi Kini Di Pasaran
  • Ujibakat Imam Muda Musim Ketiga Secara Online
  • Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2



  • 14 Komen untuk entri “Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis”

    1. sh shazalifah johari kata:

      Assalamualaikum.,Tahniah kepada astro oasis kerana mejayakan rancangan Imam muda ini.Diharapkan rancangan ini akan dijadikan acara tahunan sepertimana rancangan-rancanagan popular yang lain. Yang lebih menarik lagi imam muda adalah rancangan yang diminati oleh anak lelaki saya yang berusia 15 th.TAHNIAH IMAM MUDA!

    2. Adilah binti Abdul Kadir kata:

      Tahniah..rancangan islamik yg hebat.Secara peribadi saya amat terkilan
      sebab adanya episod penyingkiran peserta.Pd pandangan saya biarlah dikekalkan semua peserta Imam Muda ini hingga ke akhir agar lebih adil dan saksama membuat penilaian.Jangan dinilai pada satu atau dua task sahaja kerana semua peserta teramat layak digelar Imam Muda ..Berilah peluang mereka menimba ilmu hingga akhir rancangan dan ganjaran diberi
      berdasarkan keupayaan,keberanian,keyakinan dan pengetahuan mereka selama menuntut di Akademik.
      Nama pun Akademik.Tak kan silap sikit kena singkir..Tolong la….jangan singkirkan mereka.Usah terlalu mengikut rancangan realiti lain yg suka singkir menyingkir.Harapan saya jangan ada yg tersingkir…

    3. Abu Bakar Ibrahim kata:

      assalamualikum dan salam Satu Malsysia

      Saya sangat berminat dengan rancangan IMAN MUDA ini…saya ingin
      mencadangan kepada pihak pengajur supaya tidak menyingkirkan peserta2 yang kurang berkelayakan sehingga akhir rancangan…dan mereka dinilai mengikut
      tahap (1,2,3….dan hingga 10)…

      terima kasih..

    4. Omar Bin Hj Abu Bakar kata:

      Assalamualaikum W.T.W

      Syabas dan tahniah serta syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana digerakkan pemikiran serta keinginan pihak penganjur bagi melaksakan program Imam Muda ini.

      Saya sepertimana rakan – rakan yang lain amatlah mengharapkan tiadanya penyingkiran terhadap peserta ini kerana islam mahukan yang terbaik maka carilah dari kalangan mereka yang terbaik.

      penyingkiran bermakna terputus usaha pembelajaran dan ini juga memperlihatkan ketidak sempurnaan dalam menuntut ilmu yang tiada batasnya. yang pasti tiada siapa yang sempurna untuk selamanya.

      maka pengekalan memungkinkan mampu melahirkan imam yang sempurna seiring dengan keperluan hari ini.

    5. shikin kata:

      slmt brjaye kpd abg nick @ mohamad kairul azhar ghazali.. abg nick mmg lyak jd imam muda..

    6. CiKgUaZeMi kata:

      Saya baru pertama kali membaca blog saudara dan kelihatannya menarik, tahniah. Jika sudi sila ke SuArA_KiLaT.com untuk memberikan komen kerana saya merupakan blogger baru.

    7. izz kata:

      assalamualaikum..
      sukas angat tengo abe syara jadi imam bagi tzkirah..
      semua orang terharuuuuuuu

    8. ctie sizaisa kata:

      Tahniah n syabas kepada Oasis kerana dapat menganjur rancangan Iman Muda ini.tapi saya tidak berpuas hati apalah sekiranya pihak penganjur tidak mengeluarkan peserta Iman Muda. Biarlah dia menghabiskan program ini untuk peribadi sambil belajar bersama dgn finalisnya nanti.Program ini bukan sahaja dapat digunakan untuk duniawi tapi ianya dapat digunakan untuk akhirat jugak.

    9. rashidah ahmad kata:

      salam..alhamdlillah, syabas kepada astro oasis kerana berjaya menerbitkan rancangan IMAM MUDA..diharapkan rancangan ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan menjadi contoh kepada stesyen TV yang lain.

    10. jaana kata:

      ya Allah…bagus betul citer ni kalu miss tgk dia punya kapsul pun rasa sdh ..aku mnt sangat dgn aran..sedih betul bila dia kluar..

    11. melur putih kata:

      salam….
      tahniah kpd astro oasis kerana telah berjaya memecahkan tradisi. saya pun berpendapat bahawa, untuk masa akan datang program ini dijadikan program tahunan dan….pastikan tiada para peserta yang disingkirkan. namun, saya juga berpendapat bahawa para peserta yang tersingkir, anda sebenarnya telah pun menang. tersingkir tidak bermakna anda tidak bagus.

    12. ibnujusup kata:

      hope the best win.. :-)

    13. nirul iman kata:

      tahniah astro oasis krn berjaya mewujudkan satu2nya program islamik di malaysia! harap program yg sebegini lbih byk lg diwujudkan krn program sebegini dpt memberi input2 yg berguna dan membuka minda umat islam dan agama lain.harap program imam muda akan lbih terserlah dan mantap pd musim yg ke-2,wlpn skrg byk program berbentuk hiburan dan kdg2 melalaikan kita! so keep it up! i love imam muda:)

    14. amirul firdaus kata:

      terbaik

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK