in

Segmen Masakan Babas TV3

Sebagai salah sebuah program majalah wanita ulung di TV3, Wanita Hari ini (WHI) sentiasa melakukan pembaharuan dan inovasi agar seiring dengan perkembangan semasa dalam memberikan informasi terkini kepada kaum Hawa terutamanya.

Sekian lama bersiaran, setiap pengacara WHI mempunyai kredibiliti masing-masing untuk mengupas isu semasa wanita, kecantikan, kesihatan wanita, fesyen, dan juga perkahwinan. Kali ini, jangan ketinggalan untuk mengikuti segmen terbaru yang pastinya mendapat sambutan hangat terutamanya bagi mereka yang gemar memasak dan mencuba resipi baru menerusi “Segmen Masakan Babas”.

3079732172 A04Ff77564 O | 4

Tahun 2010, WHI tampil berwajah segar dengan barisan hos terkini yang terdiri daripada personaliti TV3 seperti Azizah Ariffin, Fiza Sabjahan, Syira Ayob dan ditemani beberapa muka baru menyerikan lagi rancangan yang bersiaran setiap Isnin – Jumaat, jam 12 tengahari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis

Lirik Lagu VIP Iwan AF8