in

Senarai Murshid Imam Muda Musim 2

Astro telah mengumumkan senarai pengetua dan tenaga pengajar yang bakal menerajui serta membimbing bakat Imam Muda yang bakal menjadi pembimbing kepada anak muda zaman kini.

Mudir Imam Muda 2 (Pengetua) : Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz
Senarai Mursyid Imam Muda 2 :
1. Ustaz Ikmal Zaidi
2. Ustaz Tuan Asmawi
3. Ustaz Izhar Ariff
4. Ustaz Zulkefli Hamat

Didoakan usaha dari pihak Astro Oasis ini bukan sekadar mengejar populariti di peringkat dunia, tetapi penting untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan lahirnya Imam Muda yang berkaliber di samping dapat memberikan inspirasi kepada remaja kini.

Mudir Imam Muda musim yang ke-2, Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz bersama mursyid-mursyid Imam Muda musim yang ke-2

Nama : Ikmal Zaidi bin Hashim
Umur : 36 tahun
Tarikh Lahir : 10 September 1975
Tempat Lahir : Melaka

Kelayakan Akademik
• Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran & Al-Hadith (Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
• Sarjana Muda Kepujian Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran (Fakulti Al-Quran dan Al-Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir)
• Sarjana Muda Kepujian Al-Qiraat Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shobra, Mesir
• Sanad Al-Quran Riwayat Hafs ‘An ‘Asim (Talaqqi & Hafazan)

Kerjaya
• Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
• Bekas Pensyarah Jemputan di Darul Quran (JAKIM), Kuala Kubu Baru, Selangor

Pengalaman
• Tenaga Pengajar dan Ahli Unit Penerbitan, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
• Pewasit Penterjemahan Buku Mukhtasar al-Zubaydi INHAD, Institut Kajian Hadis KUIS

Nama : Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Umur : 32 tahun
Tarikh Lahir : 14 Januari 1979
Tempat Lahir : Selangor

Kelayakan Akademik
• PhD, Fakulti Pengajian Islam, UKM (dalam proses)
• M.A Pangajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM
• B.A (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
• Diploma Syariah dan Bahasa Arab, Kolej Badaruddin Al-Hasani

Kerjaya
• Pensyarah Fiqh Ibadah dan Semasa, Jabatan Syariah, UKM (2007 – sekarang)
• Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam (2005-2006)

Pengalaman
• Penasihat Agama Saudara Baru JAWI
• Penceramah jemputan program-program JAKIM, pihak kerajaan dan swasta di seluruh negara
• Penceramah jemputan di program Astro dan stesen televisyen lain

Nama : Tuan Asmawi Tuan Umar
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 1 Ogos 1975
Tempat Lahir : Selangor

Kelayakan Akademik
• B.A (Hons) Pengajian Islam (Bahasa Arab & Permodenan Islam),Universiti Kebangsaan Malaysia
• Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, (KUSZA)

Kerjaya
• Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM
• Penolong Pengarah Perhubungan Awam , bahagian Hub Halal, JAKIM
• Penolong Pengarah, Perhubungan Awam JAWI

Pengalaman
• Juri Anugerah Seri Angkasa 2004,2005 & 2006 – Kategori Radio
• Tenaga pengajar Bahasa Arab dan Tamadun Islam di Universiti Putra Malaysia
• Penasihat Media kepada Islamic Relief Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Nama : Zulkefli Bin Hamat
Umur : 38 tahun
Tarikh Lahir : 1 Januari 1973
Tempat Lahir : Kelantan

Kelayakan Akademik
• M.A Pengurusan Sumber Manusia UPM
• B.A (Hons) Usuluddin Dakwah dan Pembangunan Insan UM
• Diploma Perguruan Pendidikan Islam / Muzik, MP Kuantan

Kerjaya
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
• Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
• Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran, JAWI

Pengalaman
• Jurulatih Dakwah Kementerian Pelajaran Malaysia
• Fasilitator kursus untuk badan kerajaan dan swasta

Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar bersama mudir dan mursyid-mursyid Imam Muda musim yang ke-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Bunohan

Kenny G Concert Kuala Lumpur