in

Sinopsis Filem Bunohan

BARISAN PELAKON & PEKERJA FILEM

BARISAN PELAKON FILEM BUNOHAN
Ilham : Faizal Hussein
Adil ‘Bunga Lalang’ : Zahiril Adzim
Bakar : Pekin Ibrahim
Deng : Bront Palarae
Pok Wah : Namron
Pok Eng : Wan Hanafi Su
Jolok : Hushairy Hussin
Muski : Amerul Affendi
Awang Sonar : Soffi Jikan
Jing : Jimmy Lor
Mek Yah : Tengku Azura
Cina Burung/Bird Man : Ho Yuhang
Chart : Carliff Carleel
Bakri : Mat Seman
Kruba : Hariry Abdul Jali
Gasi : Md Eyzendy
Ketot & Tapa : Sufian Muhammad
Adik : Sharidan

182775_189267804446474_179094802130441_443421_4714506_n

Layari website filem Bunohan:
www.apparation.com/bunohan.com

Kiri: Amerul Affendi (MUSKI) & Zahiril Adzim (ADIL)

KREDIT FILEM BARISAN PELAKON UTAMA
Zahiril Adzim (Adil/‘Bunga Lalang’)
Pelakon Harapan (Festival Filem Malaysia 2009) Kredit Filem : Kami the Movie, Karaoke, Gadoh, Senjakala.

Faizal Hussein (Ilham)
Pelakon Sokongan Terbaik (Anugerah Skrin 2003) Kredit Filem : Abuyah, Dukun, KL Menjerit, Gerak Khas the Movie 2, Gila-Gila Remaja and more than 20 other films.

Pekin Ibrahim (Bakar)
Kredit Filem : Apokalips.

Bront Palarae (Deng)
Pelakon Terbaik (FFM 2010 & Anugerah Skrin 2010) Kredit Filem : Kongsi, Belukar, Setem, Anak Halal, Dukun, Bilut, Man Laksa, Castello.

Namron (Pak Wah)
Kredit Filem : Gadoh, Gubra, Dukun, Paloh.

Wan Hanafi Su (Pok Eng)
Kredit Filem : Hikayat Merong Mahawangsa, Susuk.

Amerul Affendi (Muski)
Kredit Filem: Gadoh, Karaoke.

Soffi Jikan (Awang Sonar)
Kredit Filem: Setem, Zombie Kampung Pisang, Dukun, Man Laksa, Bilut, Malaikat di Jendela, Bukak Api, Paloh.

Tengku Azura (Mek Yah)
Azura adalah salah seorang supermodel Malaysia yang terkemuka. Ini merupakan pembabitannya yang pertama di dalam sebuah filem rencana.

Jimmy Lor
Jimmy merupakan jurulatih taekwondo yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Keluarganya menetap di Kampung Fikri, Terengganu, dimana penggambaran Bunohan banyak dijalankan. Di sekitar 1980an, Jimmy pernah berlakon sebagai karaktor sokongan sebuah siri TV bersama Faizal Hussein.

poster-bunohan

TRAILER FILEM

KREW PRODUKSI
Penulis dan Pengarah : Dain Said
Penerbit : Nandita Solomon
Penerbit Bersama : Tim Kwok
Pengarah Penggambaran : Charin Pengpanich
Penyunting : HK Panca
Perekabentuk Penerbitan : Dain Said
Muzik: Tan Yan Wei
Penyuntingan Skrip dan terjemahan : Joe Kidd, Wan Azli Wan Jusoh and Hushairy Hussin
Penyelia Pasca Penerbitan & Juruwarna : Scott Inglis
Penerbitan Audio : Imaginex Studios
Penyelia VFX : Adam Kitingan
Efek Visual : Pixelpost & Basecamp VFX
Akauntan Penerbitan : Nikki Tok
Perunding Rekabentuk Produksi : Yee I-Lann
Perunding Rekabunyi : Yasuhiro Morinaga
Penolong Pengarah Pertama :Kenneth Raj
Pengurus Produksi : Sam Ramly
Solekan & Kostum : Shada Hamid & Shahrum Kamaruddin
Solekan efeks : Karen Tan
Jurutera Bunyi Lokasi : Winson Poon
Produksi Penggambaran Statik : Iskandar Ibrahim
Rekabentuk : Joe Kidd
Pelukis Papan Cerita : Augustus Tan
The Making Of : Studio Skedaddle

KAMPUNG BUNOHAN
BUNOHAN dinamakan berdasarkan nama sebuah kampong di Kelantan di mana kisahnya bermula. Kampung Bunohan terletak berhampiran sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Kawasan sempadan di Kelantan ini telah lama dikenali sebagai “tanah jahat’ Malaysia. Panggilan ini diberi berdasarkan sejarah pertelingkahan di antara rakyat Thailand yang sebelum ini telah menyebabkan banyak pembunuhan. Ada juga yang berpendapat bahawa pertumpahan darah semasa Penjajahan Jepun yang menghasilkan gelaran ‘Bunohan’. Hari ini, penglibatan keganasan di dalam kampong tersebut lebih berlandaskan cereka dan bukan fakta. Walaubagaimanapun namanya telah memberi satu anggapan yang ranggi kepada penduduk-penduduknya. Terdapat satu pepatah yang berbunyi: “Menghina seseorang dari Kampung Bunohan, adalah seperti menghina penduduk sekampung.” Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi.

MAKLUMAT BERKAITAN FILEM
Tempoh : 100 minit
Format penggambaran : Kamera Red One
Format skrin : 35mm
Anggaran Pelancaran : Hujung 2011
Pengedar (Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia + 1) : Astro Shaw
Jualan Antarabangsa : Easternlight Films

SINOPSIS FILEM BUNOHAN
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

ILHAM (Faizal Hussein) arrives in Bunohan

(l-r) Amerul Affendi (MUSKI) & Zahiril Adzim (ADIL)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apparat Lancar Trailer Filem Bunohan

Senarai Murshid Imam Muda Musim 2