• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

3
  • by Budiey
  • in Anugerah Planet Muzik
  • — 16 Dec, 2012

3 Negara 1 Pentas meraikan muzik serantau… katanyer! Eh, betul apa.

Anugerah Planet Muzik 2012 telah berlangsung pada malam tadi di Max Pavilion, Singapura dianjurkan oleh stesen radio Melayu MediaCorp Singapura, iaitu Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM.

Anugerah Planet Muzik 2012

Dihadiri oleh puluhan selebriti dan calon-calon dari tiga buah negara, Malaysia, Indoensia dan Singapura. Meriah dengan tema Electrified! (bermaksud To produce electric charge, cam tu la lebih kurang.) Jadi yang datang kebanyakkan menggunakan warna pop yang terang dan color blocking seperti mana yang kita tengok fesyen yang dipakai oleh hos APM malam tadi.

APM kali ini menampilkan tiga orang hos iaitu TG dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia. Gabungannya okay ke? Serasi? Korang rasa? Kita kembali kepada tujuan sebenar diadakan Anugerah Planet Muzik, iaitu merapatkan lagi hubungan serantau dan menyatukan semua dengan muzik. Tapi sebaliknya yang Budiey lihat di Twitter dan Facebook, APM bukannya dapat merapatkan hubungan tiga negara, lagi gaduh adalah. Perang jadinya!. Aduyai. Kalau baca di Twitter aje, ramai yang tak puas hati sebab penyanyi kegemaran di negara masing-masing tak menang. Isu tak puas hati memang isu yang tak dapat dielakkan di APM setiap tahun.

Itu halnya yang berlaku di sosial media tapi jika kita tonton secara langsung dari dewan Max Pavilion, Singapura, aura dan suasananya sangat berbeza di mana muzik dapat membina satu jambatan yang dapat menyatukan semua.

Bak kata pemenang Anugerah Khas APM2012 iaitu Datuk Sheila Majid dalam ucapannya tadi:

“May music keep us together.”

Apa-apa pun Budiey nak ucapkan tahniah buat Malaysia kerana berjaya membawa pulang 5 trofi menerusi kemenangan Datuk Sheila Majid, Hafiz, Shila Amzah, Alyah dan Abdul Mutalleeb.

Siapa Abdul Mutalleeb yang menang Nova Media Baru tu? Nah, di bawah ini adalah antara video beliau di Youtube:

Sedia diingatkan, nama Awi Rafael walaupun aktif dan berpusat di Malaysia namun beliau mewakili negara Singapura. Jadi, Awi masuk dalam pasukan Singapura dalam konteks APM. Tahniah buat Awi Rafael yang telah menggondol trofi Lagu Terbaik Singapura. Budiey suka dengar ucapan Awi yang tak lupa untuk menghargai orang kuat yang mengangkat dirinya sehingga menjadi seorang penyanyi yang dikenali. Ya, memang Budiey kenal Awi, dia sorang yang menghargai sesiapa sahaja termasuk peminatnya.

Secara keseluruhan, nama Taufik Batisah muncul gah malam ini dengan menjulang 3 buah trofi menerusi Anugerah Kolaborasi Terbaik bersama Rossa menerusi lagu Aku Bersahaja, Pemenang Artis Singapura Paling Popular dan Pemenang Artis Serantau Paling Popular.

Well… untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, ramai yang pertikaikan tentang sejauh mana Taufik Batisah popular di ketiga-tiga buah negara. Budiey kira kategori berasaskan popular ini adalah ditentukan dari bilangan undian yang paling banyak. Mungkin peminat Taufik Batisah begitu kuat sehingga berkorban masa dan wang untuk mengundi beliau. So, tak boleh cakap apa jugak. Peminat artis lain tu tak nak mengundi. Keputusan dah muktamad.

Artis Malaysia menang 5 anugerah!

Pedulikan tentang populariti kerana apa-apa pun yang terbaik juga yang Budiey pandang. Tahniah buat Malaysia kerana kita masih dalam kategori yang disebut terbaik. Pasti ada juru profesional yang menilai dan menghakimi dan bukan orang biasa-biasa. Tahniah buat Hafiz dan Shila kerana telah dikategorikan sebagai penyanyi terbaik serantau. Shila Amzah menang Artis Wanita Terbaik dan Hafiz pula menang Artis Lelaki Terbaik APM2012.

Anugerah Planet Muzik 2012

Dari segi pemilihan persembahan yang biasa-biasa, Budiey rasa sangat tak seimbang bila mana terlalu ramai artis yang perform adalah orang yang sama dan diberl peluang lebih dari dua kali. Berulang-ulang dengan penyanyi yang sama adalah satu elemen yang membosankan. Budiey hairan apabila ramai lagi penyanyi yang hadir di APM tidak diberi peluang untuk buat persembahan. Ternyata, ramai yang tak puas hati apabila wajah yang sama tampil berada di pentas samada untuk buat persembahan dan menyampaikan anugerah. Persembahan yang Budiey  rasa best layan ialah masa persembahan Judika. Korang pula macamana? Siapa yang best masa perform?

Seperti biasa, mutu audio juga dipertikaikan. Ada yang tak jelas dan ada gangguan.

Namun, seperti lazimnya, setiap kali anugerah diadakan mana-mana pun mesti ada yang tak puas hati. Itu tak masuk lagi, bila ada yang pertikai keputusan pemenang.

Okay, cakap pasal keputusan, Dengan ini, Budiey siarkan senarai keputusan Anugerah Planet Muzik 2012 yang rasanya ada yang dah tahu tapi saje nak letak kat sini. Kat Twitter pun, Budiey dah siarkan juga. Ini hanya siaran ulangan je ya.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki):
Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita):
Raisa (Serba Salah)

Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik:
Audionaut (Maha Bisa Rahsia)

Anugerah Hits Radio:
Aishiteru (Zivilia Band)

Pemenang NOVA Media Baru:
Abdul Mutaleeb dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Pemenang Ikon Media Baru:
Sleeq

Lagu Terbaik Singapura:
Pulanglah (Awi Rafael)

Lagu Singapura Paling Popular:
Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

Pemenang Kolaborasi Terbaik:
Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.

Pemenang Duo Kumpulan Terbaik:
Kotak

Pemenang Artis Singapura Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Serantau Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Lelaki Terbaik:
Hafiz

Pemenang Artis Wanita Terbaik:
Shila Amzah

Anugerah Khas #APM2012:
Datuk Sheila Majid

Pemenang Lagu Terbaik #APM2012:
Kisah Hati (Alyah)

Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012:
Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

Tahniah buat semua pemenang. Tahniah juga buat penganjur MediaCorp Singapura Ria & Warna!

Anugerah Planet Muzik 2012

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Abdul MutaleebAC MizalAishiterualyahAnjiAPM2012AudionautAwi RafaelBerhenti Di Kamucarpet merahgambar karpet merahhafizHardy MirzaHatikuKeputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012Kisah HatiKotakKu Kan Tetap MenungguKu Tetap MenungguLagu Aku BersahajaMaha Bisa RahsiaMax PavilionPemenang APM2012Pemenang Artis Lelaki TerbaikPemenang Artis Wanita TerbaikpulanglahRaisared carpet apmresultRossasenaraiSerba SalahShila AmzahsingapuraSleeqSophie NavitaTaufik BatisahTGUniversiti Teknologi Malaysia SkudaUTMZivilia Band

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Kumpulan Hayad Perkenalkan Lagu-Lagu Terbaru
  • Next story Video Travelogue IZ di Cruise With Angkasawan

ENTRI BERKAITAN

  • Faizal Tahir – Sound Sistem Macam Kenduri Kampung 27 Jul, 2011
  • Corat Coret Anugerah Planet Muzik 2007 10 Jun, 2007
  • Video Kaka Slank Buka Seluar di APM2009 20 Jul, 2009
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011 9 Jun, 2011

3 Comments

  1. SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2012 (APM 2012) | Blog Fyna says:
    Sunday, December 16, 2012 at 12:45 am

    [...] SUMBER [...]

  2. Hj wali says:
    Sunday, December 16, 2012 at 8:33 pm

    Kalau bleh harap-harap pihak sudi mecalonkan artis brunei d anugerah planet muzik akan dtng.

  3. zulfitrio says:
    Monday, December 24, 2012 at 2:05 pm

    saye rase artis yg menang tu tak popular. penjuriannya seprti apa. apakah jurinya hanya satu negara , harusnya kan penjuriannya di kembalikan pada peminat. artis singapura atau malaysia tak popular la

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.