Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Seminar Cantik Bersama Wanita Anjuran TV3



SERLAHKAN KECANTIKAN DIRI ANDA BERSAMA TV3

Keanggunan dan imej gaya diri ialah aset terpenting untuk wanita masa kini. Namun, keterampilan diri yang kemas dan menarik tidak semestinya memerlukan bahan solekan dan pakaian berjenama yang mahal. Tahun ini, seminar anjuran TV3 kembali dengan tema “Seminar Cantik Bersama Wanita” untuk berkongsi tip-tip kecantikan dan cara-cara untuk menyerlahkan penampilan diri tanpa membebankan anda. 

Seminar ini akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, 29 November 2009 (Ahad) bermula dari 8.30 pagi – 5.00 petang. Penyertaan dibuka kepada wanita berusia 18 tahun ke atas dengan yuran pendaftaran sebanyak RM120. Bagi sesiapa yang ingin menyertai bolehlah muat turun borang penyertaan di laman sesawang www.tv3.com.my/wanita. Bagi mereka yang mendaftar secara berkumpulan iaitu bersama seramai empat rakan lain, anda berpeluang untuk memenangi baucer membeli belah.  

Kenali diri anda untuk memiliki personaliti lebih menarik. Ketahui variasi warna yang menyerlahkan anda. Selami pengetahuan mengenai kecantikan keperibadian wanita ini dengan menyertai seminar yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi solekan, dandanan dan imej yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam kecantikan, imej dan motivasi diri, antaranya Sharifah Shawati, para pengacara Wanita Hari Ini dan ramai lagi.     

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penyertaan percuma untuk seminar tersebut, mereka dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Seminar Cantik Bersama Wanita. Anda hanya perlu menghantar karya penulisan anda dan emel kepada wanita@tv3.com.my sebelum 31 Oktober 2009. Penulisan anda hendaklah berdasarkan tiga kategori yang telah disediakan seperti bawah:

Resipi & Masakan (berserta gambar)
Tip – tip yang kreatif berkaitan gaya hidup, kesihatan, fesyen
Cerpen kisah benar atau curahan perasaan seseorang wanita      

Tempat adalah terhad dan bagi wanita yang berminat menyertai seminar ini haruslah segera membuat pendaftaran. Pembayaran yuran boleh dibuat melalui kiriman wang pos ataupun cek berpalang (sila tambah 50 sen untuk cek dari luar Kuala Lumpur) bersama borang penyertaan yang lengkap ke alamat:  

“SEMINAR CANTIK BERSAMA WANITA”

BRAND MANAGEMENT GROUP (INSIPIRASI WANITA),

SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD, SRI PENTAS,

NO. 3, PERSIARAN BANDAR UTAMA, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR.  

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui panggilan telefon ke Sri Pentas, Bandar Utama di talian 03-77266333 sambungan 3108/3400 (9.00 pagi – 6.00ptg) ataupun layari laman sesawang www.tv3.com.my/wanita untuk maklumat lanjut.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Seminar Blogs “Friends or Foe”
  • Photo of The Day: Apabila David Teo Dikelilingi Wanita Seksi
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups
  • Jom Join Seminar Pelangsingan Badan
  • DANCING FOR THE DREAM
  • Gambar Kaki Artis Yang Teramat Cantik
  • Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008
  • TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR ASWARA
  • Trivia: Siapa Empunya Beg LV ini?
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?



    • http://www.motivasi-kerja.com Motivasi Kerja

      Seminar seumpama ini sesuai untuk wanita yang utamakan penampilan dan ingin meperbaiki imej diri.

    • aimi emmy

      salam…cmne nk dptkn borang penyertaan seminar cntik bersama wanita?
      sy klik dkt link tp xde pn. tlg ye. TQ

    • http://- Datin ZalehaOmar

      Assalammualaiku.. disini saya ingin memohon 2 tempat kosong untu saya dan anak saya menghadiri seminar ini. Sekiranya masih lagi ada ruang. Di sini jilakau boleh hubungi saya di talian ini 012-313 7116. Saya amat berterima kasih… sila hubungi saya semula dengan jawapan…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK