Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sekitar Sidang Media Drama Sutera Maya

Pada jam 4 petang, 22 Ogos lalu, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, satu sidang media pelancaran Drama Sutera Maya telah diadakan. Boleh dikatakan semua pelakon hadir. Antaranya, Fasha Sandha, Intan Ladyana, Ayu Raudhah, Faezah, Mustapha Kamal, Erry Putra, Fouziah Gous, Irfa, Rebecca Nur Islam, Maria Farida dan Liza Abdullah.

Drama Sutera Maya yang sudah pun bersiaran di TV3 pada 1 September lalu. Budiey dapat respon daripada peminat, khabarnya drama ini mendapat sambutan hangat.

Mungkin perencah utama iaitu tema kasih sayang, konfilik keluarga, perbalahan, kemelut dalam hubungan adik beradik menjadi bahan penarik utama dalam drama arahan pengarah muda, gabungan kerjasama di antara Jet Lee dan Hadzrin ini. Selain itu, drama ini tampak sempurna dengan arahan pengarah Khabir Bhatia.

Sutera Maya berkisar mengenai hubungan empat adik beradik perempuan berkongsi bapa yang sama tetapi berlainan ibu. Kisah bermula apabila salah seorang dari mereka, Maya Medina (Fasha Sandha) mendapat tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai tiga orang lagi adik perempuan.

Dari situlah bermula usaha menjejaki saudara perempuan yang lain serta strategi untuk bertemu dengan ayah kandung mereka, seorang ahli perniagaan terkemuka. Setiap penemuan membongkar misteri silam sehingga perjalanan hidup akhirnya menjadi usaha memecahkan kebuntuan terhadap jati diri, nilai kasih saying, kekeluargaan, cinta dan pengkhianatan.

Drama 60 episod ini dibintangi empat pelakon jelita iaitu Fasha Sandha sebagai Maya Medina, Intan Ladyana sebagai Maya Karina, Ayu Raudhah sebagai Maya Zulaikha dan Faezah sebagai Maya Sofea. Drama ini juga turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan cukup berkarisma di dalam dunia lakonan. Antaranya, Mustapha Kamal, Erry Putra, Fouziah Gous, Irfa, Rebecca Nur Islam, Maria Farida dan Liza Abdullah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Sherina Nordin berkata, “Sebenarnya kami mencari kelainan untuk mengisi slot Akasia ini. Corak tontonan kini berubah dari masa ke semasa. Justeru, bagi menepati citarasa penonton, usaha kami untuk memepelbagaikan kandungan perlu dipertingkatkan. Siri Sutera Maya ini member nafas baru mengenai sifat kekeluargaan. Siri ini juga mengandungi unsure-unsur teladan yang amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Selain itu jalan cerita drama ini cukup menarik, mudah dan moden. Selain itu, kami sentiasa membuka ruang kepada pengarah-pengarah tempatan untuk menonjolkan bakat yang ada. Selain dari itu, siri Sutera Maya ini juga tampil berbeza kerana jalan ceritanya tidak tertumpu hanya kepada dunia korporat seperti drama siri lain yang dipaparkan sebelum ini, tetapi hanya melibatkan perniagaan berkaitan alam semulajadi iaitu Desa Botani.”

Jadi, kepada pengemar-pengemar slot Akasia, pastikan temujanji anda dengan drama siri terbaru, Sutera Maya, mulai 1 September, dari Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang. Hanya di TV3.

Fasha Sandha

Faezah ke ni?

Maria Farida

Intan Ladyana

Fouziah Gous

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Gambar Seksi Faezah Elai Heroin Tomboy Drama Sutera Maya Pakai Tank Top
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul & Astro Shaw
  • Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3
  • Terima kasih Kepada Sponsor Bulan Mac 2008



  • 17 Komen untuk entri “Sekitar Sidang Media Drama Sutera Maya”

    1. abby kata:

      maria farida masih bergetah mcm anak dara lagi, asal s faezah makeup teruk sgt tuh

    2. sue kata:

      Si maria farida tu x sdar diri ker…
      baik xyah pakai seluar….

    3. xXYaNaXx kata:

      wok ow…
      ade erry putra lar….

    4. Odah mantap kata:

      Kemasnya pakaian2 mereka semua nak tunjuk tut aje… Cantik ke??

      Udahlah pakai le elok2 yang tua pun sama naik…… si Gegirl pun ada… sory meluat nak tgk le…..

      gedik sgt lakonan dia… pun naik loya nak tgk…..

    5. silent_brunei kata:

      minta sgt ler kat ayu tu…

    6. ekin kata:

      aku benci fasha nie…muke plastikkk!!!

    7. Obefiend kata:

      still doesnt hid ethe fact that the plot of this drama is pretty wanky

    8. bah kata:

      drama yang bosan. lakonan low-class kebanyakkan nye. yawn!

    9. :) kata:

      cam x caye je 2 maya sofea . . . . udah2 ler 2 biar are diaorang nak pakai camne pown,bdn diorang,kalo x suke citer 2 x yah tengok biar org lain yg tengok, abis citer,kalo tulis wat skt ati dioramg jer.X phm ak maknusia skrang.

    10. :) kata:

      mmg are kite kene menyedarkan umat islam yg msh blm sdr tp bkn camnie care die.Kite doa byk2 agar diaorang nie terbukak hati tuk sedar.Amin.

    11. joe kata:

      kalau boleh slot akasia siarkan rancangan yang baik dan bersopan. contohnya yang memaparkan artis yang menutup aurat. barulah peminat akan ikut. kerana artis merupakan idola kepada mereka.
      kepada ayu raudah plz tutup aurat. sbb awak cantik. dan kecantikan lebih terserlah apabila awak mengenakan tudung. sebab dalam hukum agama tidak ada perkara yang boleh diambil mudah. rasa bila nak pakai tudung pakai, tapi bila taknak pakai campak ke tepi. bukan itu yang sebenarnya patut awak lakukan….

    12. ABRUZZI kata:

      I LOVE AYU RAUDHAH

    13. bleumoon kata:

      Story ni kira tahap bleh tahan jelah.. X sdp mane pun.. Kekadang geli pun ade tgk acting diorg 2 especially fasha sandha. Ya rabbi, dh byk filem & drama ko dh blakon kan tp nape x pndai2 lg brlakon nih? Senyum ngan sedih same jek aku tgk. Dialog aptah lg,. Adoii.. Aku trpakse jek trtgk citer nì sb nk bg sokongan slot drama melayu.. Klo tidak.. Iskk.. Lu pkr la sdri..

    14. dhost kata:

      sepa nama sebenar pelakon watak roy 2 ah?

    15. zaty kata:

      yeahh… sume pelakon pompuan ctew
      nie chantek2!!! but.. kecuali c fasha sandha
      2…!!! cowy yeaahhh…!!!! i rase u x hot
      mane pon arhh…!!!!

    16. Datuk A kata:

      aku rasa macam nak kahwin 4 no 1 fasha sandha no 2 fauziah ghouse no 3 ayu raudhah no 4 jue aziz maria farida dengan rizita che wan jd aku punya skandal luar he he he

    17. dewa fauzee kata:

      geram aku ngan maria farida tu stim betul rasa nak terkam aje dia

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!