in

Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu

Ramai yang tidak kenal siapa dia Atie Sulaiman. Nak buat camna, masih belum popular lagi. Tapi dengar cerita akan datang, banyak juga drama Atie akan menemui penonton.

Berusia 30 tahun, masih single dan masih jelita, Atie adalah seorang pelakon Drama Ku Milikmu yang memegang watak kepada kekasih Iqbal yang disayangi oleh ibu mertua untuk dijadikan calon menantu. Krisya dan Bienda (lakonan Nisya Dir) saling bersaing untuk merebut cinta Iqbal. Kemudian, mereka berdua telah bergabung untuk kenakan Iqbal (lakonan Zizan Nin).

2834568239 A3Edb96Fe7 | 4

Cikucak!!!

Atie yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama Slot Samarinda Abadi Sebuah Cinta juga ada berganding dengan Faizal Hussien sebagai orang kanan dalam syarikat agensi model dalam sebuah drama terbitan RTM. Selain menjadi pelakon sampingan dalam Drama Renjis, Atie Abdullah juga berlakon dalam Drama Setulus Kasih Abadi dan Atikah Najwa terbitan RTM.

Menetap di Kuala Lumpur, Atie dulunya pernak bekerja sebagai Financial Broker membuat keputusan untuk berlakon sepenuh masa untuk memenuhi minatnya dalam bidang lakonan.

Mengambil inspirasi dari idola seperti Jasmin Hamid, Liza Othman, Datuk Jins Shamsuddin, Wan Hanafi dan Dato’ Jalaluddin Hassan dalam bidang lakonan.

Masa FFM21 yang lalu, Atie menyapa dan masih mengenali Budiey walaupun dah lama tak jumpa. Semoga Atie terus sukses ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Persandingan Fifi & Feriz

Fasha Sandha 2020 | 17

Gambar Sekitar Sidang Media Drama Bersiri SUTERA MAYA Lakonan Fasha Sandha